PAS SELANGOR AKAN AMBIL TINDAKAN CERAMAH POLITIK!

3 Aug 20121comments


Pas Selangor meminta pihaknya dimaklumkan sekiranya terdapat penceramah daripada parti itu yang terlibat memberi tazkirah berunsur parti politik supaya tindakan boleh diambil.

Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman berkata, beliau turut sependapat dan tidak bersetuju sekiranya terdapat individu yang menjadikan masjid sebagai tempat untuk berparti politik.

Bagaimanapun, Abd Rani menegaskan sekiranya mereka berbincang mengenai politik maka perkara itu tidak menjadi kesalahan kerana dalam Islam sendiri terdapat politik.

“Kalau ada penceramah Pas Selangor didapati melakukan perkara tersebut maka tolong beritahu kami dan kita akan ambil tindakan lanjut kerana saya tak setuju ceramah bercerita mengenai parti politik.

“Tapi sekiranya menceritakan mengenai politik maka itu tidak mengapa kerana Islam dan politik tidak dapat dipisahkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi mendesak jabatan itu mengambil tindakan bagi menangani perbuatan menyampaikan tazkirah berunsur politik di masjid dan surau seluruh Selangor sepanjang Ramadan ini.

Sinar
Share this article :

+ comments + 1 comments

4 August 2012 at 09:22

ambo kure pahe

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team