SAINTIFIK@ISLAM: SOLAT TARAWIH RAWAT MATI PUCUK!

9 Aug 20120 comments

MHS ingin memetik laporam kajian seorang Professor di Universiti Malaya mengenai Hikmah Solat yang bukan saja boleh menguatkan lagi kerohanian seseorang, malahan juga boleh membantu lelaki menguatkan tenaga Batin. 

Dalam laporan itu, pakar bioperubatan Professor Madya Dr Fatimah Ibrahim mendedahkan daripada kajiannya bagaimana lelaki yangmempunyai masalah kematian pucuk pakunya boleh memperbaiki keadaan mereka dengan melakukan SOLAT 12 RAKAAT secara berterusan dalam masa setengah jam dan sebanyak 3 kali seminggu. 

Menurut Dr Fatimah, ujian yang beliau jalankan terhadap dua lelaki bermasalah selepas sebulan mereka menjalani terapi itu menunjukkan mereka berjaya meningkatkan tahap ketegangan daripada kadar biasa. Ini sudah pasti menjadi berita baik bagi lelaki. 

Umum mengetahui bahawa masalah mati pucuk yang dimulaui dengan gejala tenaga batin amat menggerunkan lelaki.Paling menakutkan apabila statistik menunjukkan 3.5 juta lelaki di Malaysia kini berhadapan dengan masalah ini malahan 15 % adalah daripada mereka dalam linkungan usia yang sepatutntya sangat "PERKASA" iaitu antara 25 tahun hingga 34 tahun! 

MHS ingin menyatakan bahawa hikmah Islam, keajaiban solat , Quran dan amalan-amalan di dalam Islam dari segi kajian santifik amat menakjubkan ketika ini. Hal ini kerana,  hanya Penciptanya sahaja yang mengetahui kelemahan , kekuatan dan rahsia sesuatu perkara yang diciptakan. Rahsia-rahsia di dalam AlQuran baru terbukti kini dengan kemajuan SAINS pada ketika ini yang baru sahaja dapat membuktikannya. Walaubagaimanapun , itu adalah hikmah sesuatu perkara yang dilakukan, tujuan kita beribadah tetaplah untuk mencari "KEREDHAAN ALLAH". 

* Hukum alam pun telah membuktikan, "buat jahat, dibalas jahat, buat baik dibalas baik". Apa yang kita lakukan sekarang, pasti ada kesannya pada waktu akan datang. So pilihlah yang terbaik. Pilihan di tangan anda! SAYA PILIH MALAYSIA
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team