ALAHAI Selangor: KEMELUT TERBARU UNISEL!

3 Aug 20121comments


MHS: Kemelut Kerajaan Selangor dalam bidang pengurusan amat 'cemerlang, telus dan adil'  namun pelbagai masalah muncul baik dari pengurusan air, pengurusan syarikat negeri, kewangan negeri, Pembangunan PBT dan sekarang ini, Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang tak habis-habis dengan kontroversi. Memang terbaik lah model Kepimpinan dan Pengurusan Kerajaan PKR di Selangor. Kita tengok apa cerita pulak timbul! Biasalah, mahu bersikap populis, pendidikan percuma dan sebagainya, tapi tidak kena dengan gayanya... :P 

SHAH ALAM 3 Ogos - Dianggarkan lebih 3,000 pelajar Universiti Selangor (Unisel) bakal berhadapan masalah mendapatkan tempat tinggal berikutan pengurusan kolej kediaman institusi itu enggan membenarkan mereka menduduki asrama masing-masing bermula esok.

Masalah itu berlaku kerana Unisel tidak melunaskan kos pengurusan kolej kediaman kepada pihak syarikat konsesi sejak 15 bulan bagi pembayaran kampus induk dan tujuh bulan pengurusan asrama.
Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh pihak pengurusan Unisel setelah mereka berhasrat untuk mengkaji semula perjanjian pakej konsesi Bina, Kendali, Pindah (BOT) kerana ia tidak memihak kepada universiti itu.

''Kajian semula yang ingin dilaksanakan Unisel terhadap konsesi BOT itu difahamkan antaranya termasuk pengurangan kadar yuran asrama. - MHS: Baru pengurangan YURAN, dah timbul isu, belum 'free' lagi! Pelajar UNISEL 'diliwat' lagi demi politik murahan PKR!

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
3 August 2012 at 17:46

Duit tu kat depa nak guna gi nikah kat siam..
Lagi nak gi urut kat pusat reflexologi yg banyak kat selangor..
Laaa air pun depa kena beli mineral water laaa mahal
Jadi student2 kena cari unah sewa sendiri laaa...

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team