BERITA NEGERI 9: KDNK 5.9% , TARIK PELABURAN 3 BILION, PERANCIS , AMERIKA BUKA KILANG DI SEREMBAN!

12 Aug 20120 comments


SEREMBAN - Dua syarikat antarabangsa mengesahkan untuk membuka kilang mega di negeri ini selepas perjanjian ditandatangani bersama kerajaan negeri baru-baru ini melibatkan jumlah pelaburan baru melebihi RM3 bilion.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perjanjian dalam Ramadan itu dibuat kira-kira dua minggu lalu 
dengan kesepakatan dicapai bersama pihak pelabur untuk membuka kilang mega di Sendayan dekat sini.

"Sebuah syarikat dari Perancis telah membuat pengesahan itu untuk menjalankan operasi membuat brek kapal terbang di Sendayan iaitu kilang ketiga mereka selepas di Perancis dan Amerika Syarikat," katanya di sini kelmarin.

Beliau menjelaskan, melalui perjanjian tersebut syarikat antarabangsa itu akan membuat pelaburan melebihi RM1.3 bilion untuk membangunkan sektor perkilangan komposit berkenaan, menempatkan komponen dan struktur teknologinya.

Ini kata Mohamad, bagi memastikan Sendayan menjadi satu lagi pusat pemasangan dan pemasaran strategik untuk pembekalan komponen utama kapal terbang bagi keperluan syarikat penerbangan serantau.

"Apabila siap kelak, ia akan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan untuk terlibat dalam sektor perkilangan berteknologi tinggi selaras dengan kehendak kerajaan melahirkan pekerja mahir," ujarnya.

Sementara itu, sebuah lagi kilang antarabangsa akan beroperasi di kawasan berkenaan untuk membangunkan dan memasarkan fiber kertas bagi di peringkat antarabangsa dengan nilaian pelaburan baru melebihi RM1.7 bilion.

"Persetujuan ini juga telah ditandatangani baru-baru ini dan akan diumumkan kelak. Ini sekali gus merangsang peningkatan pelaburan baru dalam tempoh terdekat," ujarnya.

Kata Mohamad lagi, tahun lalu sahaja menunjukkan lonjakan ketara dalam iklim pelaburan apabila negeri itu mencatatkan kedudukan keempat menerima pelaburan baru terbanyak.

"Pertumbuhan ekonomi kita amat baik dengan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat angka 5.9 peratus. Ini kerana kejayaan kita menguruskan ekonomi negeri dengan baik selain mengamalkan tatacara kerja yang mesra pelabur," katanya. -tribute to 
http://cernegeri9.blogspot.com
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team