SEMASA@MHS: INGIN CANTIK, ALAT SULIT MELECUR!

7 Aug 20120 comments


Kuala Lumpur: Keghairahan seorang wanita menjaga kecantikan dalaman, membawa padah apabila alat sulitnya melecur tahap dua selepas menjalani terapi di sebuah pusat rawatan kecantikan. 

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Lee, dikatakan terpengaruh dengan iklan membuang bulu roma menggunakan teknologi nano ditawarkan pusat kecantikan terkenal di ibu negara itu menerusi sebuah akhbar tempatan. 

Bercakap pada sidang media di pejabat BiroAduan Awam MCA, di sini semalam, wanita terbabit yang belum berkahwin dan bekerja sendiri, berkata dia mendaftar untuk menjalani terapi `Nano Light Hair Removal bagi tempoh dua tahun dengan kos RM3,500, Januari lalu. 


Rasa sakit luar biasa 

Saya menjalani enam sesi terapi dilakukan seorang ahli terapi sama, memang sakit tetapi tidak keterlaluan. Namun sesi 22 Julai lalu dikendalikan seorang ahli terapi lain dan sebaik bermula, kulit pada alat sulit saya mula rasa seperti terbakar dan sakitnya amat luar biasa. 

Saya memberitahu ahli terapi berkenaan, namun wanita itu memaklumkan ia perkara biasa dan terus menjalankan terapi selama 20 minit. Selesai sesi itu, alat sulit saya semakin sakit dan ada kesan lecur pada kulit, lalu terus ke sebuah pusat perubatan untuk rawatan. -BH - 

Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team