BERITA@MYHOMESOIL: GADIS HILANG DITEMUI RENTUNG

24 Apr 20120 comments

KOTA BHARU: Seorang gadis yang dilapor hilang dari rumahnya sejak 20 hari lalu, ditemui mati dalam keadaan rentung di ladang kelapa sawit di Kampung Baru, Rancangan Kemajuan Tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Jeram Tekoh, dekat sini, semalam.

Mayat Nor Aini Shafnie Mohd Azizi, 15, ditemui di tepi motosikal yang dinaikinya oleh seorang pemandu lori kelapa sawit yang dikenali sebagai Yusuf Mohd, yang kebetulan lalu di kawasan itu, kira-kira jam 6 petang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata mangsa yang juga anak bongsu daripada 10 beradik kali terakhir dilihat keluar rumah seorang diri dengan menunggang motosikal Kriss pada 3 April lalu.
Beliau berkata, selepas mangsa tidak pulang ke rumah hari itu, kakaknya, Norhayati Mohd Azizi, membuat laporan di Balai Polis Gua Musang pada jam 4 pagi hari berikutnya.

Jalaluddin berkata, berikutan polis menahan enam lelaki dan dua wanita berumur antara 17 hingga 30 tahun yang boleh membantu polis dalam siasatan kes itu.

"Enam daripada mereka, termasuk seorang wanita, positif dadah dan mereka adalah penduduk sekitar kawasan itu, katanya
. - BERNAMA

LAPORAN PENUH DI

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gadishilang20hariditemuirentung/Article
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team