Menara FELDA yang siap dibina sebulan lalu yang bernilai RM 700 juta kini meningkat naik ke RM 965
juta.
Keputusan Felda untuk membina sebuah menara korporat di tengah-tengah
pusat komersial di ibu negara terbukti kini menjana laba kepada
organisasi tersebut dalam bentuk pelaburan jangka masa panjang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Felda telah
memperoleh keuntungan nilai aset RM265 juta apabila Menara Felda yang
siap dibina bulan lalu pada kos RM700 juta itu kini mencecah RM965 juta
mengikut nilai hartanah semasa.
“Ini menunjukkan Felda untung 38 peratus walaupun Menara Felda yang
mula dibina pada tahun 2008 ini belum lagi digunakan. Ia juga
membuktikan menara yang siap 20 bulan lebih awal ini satu keputusan yang
bijak.
“Kejayaan ini juga membuktikan tuduhan sesetengah fitnah pihak
tertentu terhadap usaha membina Menara Felda selama ini telah gagal,”
katanya pada majlis Sambutan Hari Peneroka Felda 2012 dan Perasmian
Menara Felda di sini semalam.
Dipetik dari : www.forblogger.net
p/s : Aku bangga tengok kejayaan syarikat seperti FELDA, moga generasi baru Felda akan terus menyokong setiap pembaharuan yang dibawakan oleh FELDA. Jangan mudah termakan dengan hasutan pihak tertentu.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...