"TANPA Perisikan, boleh diibaratkan seperti seorang peninju yang buta matanya!" Itulah jawapan kepada pihak pembangkang yang menuduh Perisikan sibuk dengan agenda Politik BN!
Tanpa perisikan , pihak Keselamatan Negara tidak dapat menggempur musuh dengan tepat . Kematian di pihak musuh adalah ramai . Lihat di bawah:
- Individu ditangkap memasuki kawasan merah - 429 orang
- Pengganas Kiram terbunuh - 67 orang (44 mayat dikeluarkan)
- Pengganas Kiram cedera - 3 orang
- Pengganas Kiram ditangkap - 116 orang
Statistik di atas adalah jawapan mudah bahawa Perisikan Pasukan Keselamatan sememangnya berkesan dalam menghadapi cabaran getir mempertahankan negara!!
Maka kenyataan demi kenyataan yang tidak bertanggungjawab didedahkan di dalam ceramah-ceramah pembangkang demi mengguris hati pasukan Keselamatan amat tidak boleh diterima!
Rakyat diseru menempelak balik penceramah-penceramah berkopiah putih yang menabur fitnah di kampung-kampung!
Kenyataan di bawah ini MHS ambil daripada penulis yang mempunyai sedikit pengetahuan mengenai ketenteraan. -sumber
Kenyataan ini diperolehi melalui temubual ringkas dengan beberapa warga dan bekas warga Perisikan Tentera. "Ekoran daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, pihak pembangkang terutama bekas Jeneral yang bersekongkol dengan mereka cuba 'menangguk di air yang keruh' dengan melemparkan pelbagai tuduhan melulu dan tidak bertanggungjawab terhadap keupayaan perisikan tentera. Mereka cuba memperlekehkan kredibiliti perisikan tentera malah memfitnah bahawa perisikan tentera digunakan untuk tujuan politik BN.
Satu pembohongan melampau......tapi ianya bukan satu kejutan kerana sememangnya pihak pembangkang sanggup berbuat apa saja demi memenuhi kerakusan nafsu mereka untuk berkuasa. Martabat perisikan tentera kekal kredibel dalam mengesan kehadiran dan niat musuh yang cuba mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.
Keupayaan perisikan tentera seharusnya tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak atau individu kerana semua kejayaan operasi tentera berteraskan kepada kemampuan elemen perisikan tentera terutama BSPP dalam merancang, mengutip dan mengumpul, memproses maklumat menjadikannya Perisikan dan menyebar perisikan kepada pelanggan ATM dan nasional untuk kegunaan operasi.
Tanpa perisikan ibarat "seorang peninju yang buta di dalam gelanggang".......akibatnya, 'a thousand battle will be lost'.
Perisikan merupakan nadi kepada semua dimensi peperangan termasuk 'war of perceptions'. Hakikat inilah yang digunapakai oleh pembangkang yang cuba meracuni pemikiran rakyat supaya berpaling tadah terhadap kerajaan. Namun, pembangkang terus gagal kerana mereka lupa untuk menilai diri sendiri......rakyat kini sudah mual, muak, jemu, bosan dan tidak rela ditipu, diperdaya dan dibohongi lagi oleh pembangkang.
Harus diingat bahawa perisikan mempunyai etosnya tersendiri......terpenting merupakan 'need to know basis' malah mereka bergerak seperti "halimunan" untuk mendapatkan maklumat walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan adakalanya mempertaruhkan nyawa mereka sebagai sandaran.
Perlu ditegaskan bahawa dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, pihak perisikan tentera TIDAK PERNAH lalai atau abaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
Perlu juga diperjelaskan bahawa elemen perisikan tentera juga TIDAK PERNAH digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak". Admin amat kagum dan terharu dengan pendirian warga dan bekas perisikan serta 'sense of belonging' mereka terhadap organisasi. Syabas!!! Rakyat diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan pembangkang terutama bekas Jeneral yang cuba meruntuhkan "martabat perisikan tentera" yang telah terbina sejak era melawan insurgensi.
+ comments + 1 comments
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...