TERKINI! 12 KERETA KEBAL , HELIKOPTER TENTERA UDARA DAN KAPAL PERANG TLDM TIBA ESOK PERKUAT GEMPUR!!!GEMPUR WIRA!!#prayforsabah #lahaddatu

13 Mar 20131comments


PASUKAN KESELAMATAN PERKUAT ASET DAN KEANGGOTAAN GEMPUR PENGGANAS DI LAHAD DATU

Lahad Datu, 13 Mac -Pasukan keselamatan akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb
lepas.

Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan, berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.

Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba esok di sini secara berperingkat.

Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.

"Pertambahan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa kami mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menewaskan musuh," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua
Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Ismail berkata beliau telah mengarahkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dan semua ketua polis daerah menambah bilangan anggota polis dan mewujudkan pos kawalan di kawasan sekitar Felda Sahabat dan kawasan
operasi.

Beliau berkata pos kawalan itu juga melibatkan kawasan dari Lahad Datu ke Felda Sahabat, laluan pengganas dan kawasan penempatan awam bagi menambah keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan.

Beliau berkata polis akan memanfaatkan sumber manusia dalam menambah bilangan secara berperingkat dengan menggunakan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Narkotik dan lain-lain jabatan.

Ismail mengesahkan lelaki yang cedera dan remaja yang maut dalam operasi di Tanjung Batu Ahad lepas, dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas.

Beliau berkata lelaki itu, yang kini menerima rawatan di sebuah hospital, adalah bapa kepada remaja yang maut itu.

Mengenai pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu semalam yang mengorbankan seorang anggota tentera, Panglima Angkatan Tentera berkata empat musuh ditembak mati dalam kejadian itu.

"Semalam pasukan keselamatan menemui dua mayat musuh dan dalam operasi penggeledahan pagi ini, dua lagi mayat musuh ditemui dalam kawasan Sungai Nyamuk," katanya.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan turut menemui senapang panjang M1 Garand dan sepucuk pistol Colt.45, yang dipercayai digunakan musuh untuk menembak anggota keselamatan yang gugur semalam.

Dalam pertempuran semalam, Kpl Ahmad Hurairah Ismail, 24, berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan, terkorban manakala seorang lagi anggota tentera, Kpl Khairul Anuar Md Isa, 35, cedera di pipi.

Kahirul Anuar kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan selama enam jam semalam dan kini ditempatkan di wad biasa, katanya.

Zulkifeli dan Ismail merakam ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga anggota yang terkorban dalam Operasi Daulat dan menyifatkan ia satu kehilangan besar buat pasukan keselamatan. - BERNAMA
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
15 March 2013 at 06:40

dah terantuk baghu nak ngadah.lalai sesaat rugisepanjang hayat.ingat2lah wahai pemimpin2 semuo lakukanlah buatlah andaian yg bijaksano sebelum menjadi nyato

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team