Berita yang didedahkan Akhbar Utama Malaysia bahawa Pengganas Sulu merancang rapi untuk melakukan serangan sebaik sahaja parlimen dibubarkan adalah satu perkara yang menggemparkan !
Disebabkan itulah mereka melengah-lengahkan rundingan semasa Kerajaan Malaysia mahu berunding dengan mereka selama 2 minggu selepas mereka menceroboh SABAH!
Apakah kaitan mereka dan keuntungan yang bakal diperolehi Pembangkang apabila negara bakal huru hara selepas pembubaran DUN?
Untuk rekod terdapat beberapa cubaan menghuru-harakan negara diusahakan secara besar-besaran pada BERSIH 1.0, 2.0, 3,0 dan ketika ini beberapa siri HKR diadakan.
SUMBER BERITA
olahan: http://sejarahmelayu.blogspot.com/2013/03/gempar-pengganas-sulu-sebenarnya.html
http://celahgelegar.blogspot.com
LAHAD DATU 14 Mac - Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo di sini, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.
"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.
"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.
Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.
Dalam pada itu, Penganalisis Politik dan Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaini Othman berkata sekiranya serangan pengganas itu dilakukan semasa Parlimen dibubarkan, mungkin akan memberi kesan yang lebih buruk.
Katanya, tindakan itu boleh menyebabkan keadaan huru-hara dan negara berada dalam keadaan yang tidak menentu seterusnya menyebabkan darurat.
"Kalau berlaku demikian, orang ramai akan berasa takut untuk keluar mengundi dan boleh menyebabkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Sabah terpaksa ditangguhkan. Ini kerana syarat untuk mengadakan pilihanraya ialah semasa orang ramai berasa aman dan tidak dalam ketakutan.
+ comments + 2 comments
Komen blogger yg paling bodoh saya pernah jumpa. Gaji brapa sbulan ?
saudara janganlah memalukan UMS sabah
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...