Terkini! KIRAM BABI MUNGKIN BERJIMAK DENGAN ANJING!

18 Mar 20130 comments

Kiram Babi ni mungkin dah berjimak dengan anjing belaan Yahudi selepas sekali lagi mengeluarkan kenyataan mengarahkan tentera (tinggal 40 orang) dan penyokongnya (sedara mara kiram tinggal tanpa IC) untuk melancarkan perang gerila besar-besaran terhadap Pasukan Keselamatan Negara.

Apa punya orang Islam lah mangkuk ni, lancarkan serangan kepada sebuah negara Islam yang majoritinya didiami oleh orang ISLAM! Lebih memangkukkan adalah apa yang dia tuntut itu bukan haknya dan siapa dia untuk menuntut Sabah tatkala keseluruhan rakyat Sabah mahu bersama Malaysia! 



Petikan Berita: - 

SHAH ALAM - Individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram III kelmarin mengarahkan tentera dan penyokongnya di Sabah melancarkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Beliau turut menarik balik arahan gencatan senjata sebelah pihak seperti yang diumumkan sebelum ini.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh The Phillipine Star, Jamalul bertegas bahawa pengunduran  atau menyerah diri tenteranya dari Sabah bukan satu pilihan kerana katanya Sabah adalah tanah air mereka.
“Mereka sudahpun berada di tanah air mereka, mengapa perlu pulang semula?” kata Jamalul kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig, Manila.
Sementara itu, jurucakap kepada Jamalul, Abraham Idjirani berkata, penentangan di Sabah akan diteruskan.
Beliau berkata, arahan gencatan senjata yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera Kiram diarahkan untuk menjalankan operasi ‘serang dan lari’ ke atas pasukan keselamatan Malaysia.
Jamalul juga mengakui adiknya, Azzimudie Kiram masih lagi berada di Sabah, berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan ketua militan itu telah melarikan diri ke Selatan Filipina.
Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Azzimudie pada malam Sabtu lalu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.
Menurut akhbar Filipina, Idjirani berkata, pengikut kesultanan yang berjumlah 170 orang berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di udara sekitar Lahad Datu.
Selain itu, media Filipina melaporkan melalui sumber kerajaan mengatakan bahawa Azzimudie tiba di Kepulauan Sulu bersama pengiring terdiri dari pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).
Sumber itu menyebut Azzimudie kemungkinan berjaya melepasi kepungan tentera melalui Lahad Datu ke Sandakan sebelum tiba di Pulau Sibutu dan Sitangkai.
Baru-baru ini, pihak berkuasa Filipina telah memintas dua bot membawa 35 pengikut Sulu bersenjata berhampiran di Kepulauan Taganak dan menempatkan mereka di pangkalan tentera laut di Bato-bato, Panglima Sugala. Kumpulan ini dipercayai tiba dari Sabah.
Sejak 1 Mac lalu, 10 anggota keselamatan negara terbunuh dan 62 militan Kiram berjaya ditembak mati.
Malaysia melancarkan Op Daulat sejak 5 Mac lalu bagi menghapuskan kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram yang menuntut Sabah dari Malaysia atas alasan wilayah tersebut ‘disewa’ kepada negara.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team