MOH BERKAMPUNG DAN MENANGKAN BN DI SELANGOR!!! DUN SELANGOR BUBAR AKHIR MAC INI? -MB SELANGOR MERENG-

17 Mar 20130 comments

MB Selangor yang sengal ini ada hati untuk mengugut YAB Perdana Menteri mengenai pembubaran DUN Parlimen! Nak tau kisah TS Khalid yang melakukan walkabout Sabtu lepas? Ada seorang budak berumur 3 tahun tidak mahu bersalaman dengan Khalid Ibrahim walaupun berkali-kali Khalid Ibrahim mencuit pipi budak itu. Merah juga muka Khalid ni depan orang ramai dan depan ibu dan bapa budak ini.  

Budak pun tak nak salam dengan Khalid Ibrahim!! kah kah!!

Apa - apa pun, kalau PRU dijalankan di Selangor dulu, moh kito berkampung kek Selangor dan rampas balik Selangor dari Penasihat Ekonomi Selangor yang gay itu!

Petikan Berita: - 

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tetap akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada hujung Mac ini.

Menurut Abdul Khalid, hujung Mac ini adalah tempoh terakhir bagi pihak kerajaan negeri mendengar keputusan Perdana Menteri sama ada mahu membuarkan parlimen bulan ini ataupun masih mahu bertangguh. 

"Saya masih tunggu PM. Tetapi saya akan buat keputusan jika tidak berlaku pembubaran dewan Parlimen sebelum akhir bulan Mac, saya akan lakukan,” katanya dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita sewaktu mengadakan sidang media membantah pemungut parkir yang didakwa tidak berlesen di pasaraya Giant Taman Connought, semalam.

Kenyataan Abdul Khalid ini adalah penegasan kedua dalam tempoh dua minggu bahawa beliau akan bertindak membubarkan Dun Selangor pada hujung Mac ini walau apa pun keputusan Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak membuat kenyataan serupa selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memaklumkan hasrat kerajaan negeri itu.

Sultan Selangor menurut Abdul Khalid, telah menyatakan tidak menghalang keputusan kerajaan negeri untuk membubarkan Dun lebih awal dari parlimen.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team