KENAPA PM TIDAK UMUMKAN LAGI PEMBUBARAN PARLIMEN!?NAJIB BERJIWA RAKYAT?

28 Mar 20132comments

Ramai yang membuat spekulasi yang bukan-bukan mengenai tarikh PRU terutamanya pihak pembangkang yang sentiasa mengecam YAB PM. Apabila mahu dibubar awal, mereka mengugut tidak mahu membubarkan lagi sidang DUN negeri yang mereka kuasai, tetapi apabila YAB PM membiarkan sahaja , tidak umumkan tarikh pembubaran, pembangkang buat bising menyatakan itu dan ini. 

Namun tahukah anda bahawa pemerintahan YAB PM hanya baru 3 tahun? 

Ya, YAB PM hanya mengambil tampuk pemerintahan daripada Pak Lah selepas PRU -12 ! 
DS Najib dilihat mengoptimumkan masa yang ada untuk agenda rakyat. Kalau diperhatikan, sejak 2009, DS Najib banyak melakukan perkara untuk rakyat dan melonjakkan negara!

Lanjut Berita: 



SHAH ALAM - Semua pihak harus membiarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tempoh yang ada iaitu sehingga akhir bulan depan sebelum membubarkan Parlimen walaupun ada yang mempersoalkan perkara tersebut.


Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, semua pihak seharusnya rasional dan melihat dari sudut lain di mana Najib hanya mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2009 iaitu setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

“Beliau masih belum lagi memberikan perkhidmatan sebagai pemimpin negara sepenuh penggal, hanya tiga tahun lebih sahaja.

“Jika beliau mahu menggunakan lima tahun (penggal penuh) itu sudah tentu tidak boleh. Jadi beliau memerlukan masa lebih panjang untuk melaksanakan dasar-dasar yang dirancang dalam tempoh itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan tertinggi itu pada 3 April 2009.

Akur dengan batasan masa yang dimiliki Najib ketika ini, Wan Junaidi juga berkata, disebabkan mengambil alih tugas setahun selepas pilihan raya 2008, Najib telah kehilangan masa satu tahun untuk membuktikan kemampuannya.

Tambah beliau, rasional tindakan Najib bagi memberi peluang kepadanya untuk menyelesaikan perkara-perkara besar sehingga menyebabkan beliau terpaksa melanjutkan pembubaran Parlimen ataupun kemungkinan membiarkan ia terbubar dengan sendirinya akhir akhir bulan depan.

“Dalam keadaan sedemikian, ada kemungkinan dalam masa 30 hari Parlimen akan terbubar dengan sendirinya.

“Saya cukup yakin masih ada perkara besar yang mungkin dianggap tidak dianggap tidak wajar dilaksanakan oleh kerajaan ‘caretaker’ atau kerajaan sementara,” kata wakil rakyat dari Sarawak ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada pembubaran secara automatik harus menjadi amalan selepas ini, Wan Junaidi berkata, apa yang berlaku pada hari ini adalah berbeza dengan perkara yang lalu ataupun pada masa akan datang.

“Pada masa akan datang, sesiapa yang terlantik menjadi Perdana Menteri akan bertugas sepenuh masa bermula selepas penggal pilihan raya selepas.

“Sedangkan, Najib kesuntukan masa dan ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur pada masa-masa akan datang atas apa yang berlaku hari ini,” jelasnya lagi.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
29 March 2013 at 23:29

Najib pengecut ...

21 September 2020 at 03:13

I find your site super brilliant, I wish you success because you deserve it, good luck and again well done for this superb site!

Discount voyance


Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team