TERKINI! HUSAM MAHU LEHERNYA DIPENGGAL PENJAWAT AWAM!! #prayforsabah #lahaddatu

19 Mar 20130 comments





SHAH ALAM - Penganalisis politik menyifatkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mencari nahas apabila bersedia untuk menjadi pencabar utama kepada calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, Putrajaya adalah kubu kuat BN tetapi sekiranya Husam menang beliau layak diberi gelaran giant killer.

“Ini bukan disebabkan calon Umno di situ hebat tetapi kerusi Parlimen itu merupakan kubu kuat BN. Sekiranya Husam berjaya merampasnya, beliau memang hebat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, Jayum tidak menolak kemungkinan Husam mempunyai peluang untuk menang berdasarkan populasi Putrajaya sebagai bandar Melayu.

“Mungkin masyarakat Melayu di sana perlukan perubahan dan pembaharuan yang dibawa Pas dan PR.

Dalam perkembangan sama Jayum berkata, sekiranya Husam dan Pas benar-benar ingin merampas Putrajaya isu berkaitan kelas menengah, ketelusan dan integriti perlu diketengahkan.

“Pengundi Melayu bandar perlu dihidangkan ‘makanan minda’ bukannya keperluan seperti di luar bandar.

“Isu-isu yang perlu dibawa mestilah bersifat ideologi dan bukannya isu atap zink, jalan tar dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, isu ketelusan dan integriti akan menangkap imaginasi pengundi bandar dan Pas dinasihatkan untuk bekerja keras sekiranya benar-benar ingin menawan kubu kuat BN itu.
Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team