PAS BIDAS LIM GUAN ENG! UMNO DAN PAS BERSATU ATAS NAMA ISLAM!

25 Dec 20122comments

Kedua-dua parti Melayu Islam membidas kenyataan Lim Guan Eng berhubung isu Kalimah ALLAH yang mula dibangkitkan Ketua Menteri DAP itu untuk melaga-lagakan hubungan di antara penganut Kristian dan Islam sempena hari Natal Ini. 


Apa-apa pun umat Islam , parti politik ISLAM terutamanya UMNO perlu berhati-hati dengan permainan DAP membangkitkan isu KALIMAH ALLAH untuk penganut Krisstian sempena perayaan mereka. 


Lim Kit Sian dan anaknya selalu bangkitkan isu untuk kepentingan mereka... 


Petikan Berita: 


Kuala Lumpur: PAS dan ulama membidas tindakan Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Tindakan itu kata mereka bukan saja akan mengelirukan umat Islam malah menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menghormati keputusan yang sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. 


Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya, semalam menggesa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. 


Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata tindakan Setiausaha Agung DAP itu mengelirukan umat Islam di negara ini.

“PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

“Kita tidak boleh lawan Majlis Syura yang sudah putus perkara ini sebelum ini, kalau lawan.... jadi benda lain. Kita tidak akan ikut, pakai dia (Guan Eng), sebab dia keliru banyak, nak guna benda karut.

“Tapi terpulang kepada kerajaan (Persekutuan), kalau nak buat. Bagi PAS, kita bantah, tidak boleh guna perkataan itu,” katanya kepada BH. 
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mahu Guan Eng berhenti daripada membangkitkan isu itu kerana boleh mencetuskan kekeliruan umat Islam. 

“Tindakan Guan Eng itu boleh mencetuskan semula polemik yang sudah lama reda. Isu ini tidak perlu ditimbulkan lagi dan sepatutnya beliau merujuk kepada ulama sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu secara terbuka.

“Isu kalimah Allah ini bukan boleh dijadikan polemik kerana ia sangat sensitif dan boleh menimbulkan ketegangan agama jika tidak ditangani dengan baik,” katanya.

Nasrudin berkata, jika masyarakat agama lain masih tidak memahami isu itu sewajarnya ia dibincangkan secara tertutup bersama ulama bagi mengelakkan ketegangan agama.

Ditanya sama ada PAS akan bertemu dengan Guan Eng berhubung isu terbabit, Nasrudin berkata, perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 sudah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.

Muzakarah memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, negeri itu mewartakan kalimah Allah sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

Beliau berkata peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman pakatan pembangkang memerintah dan dipersetujui Guan Eng sebagai pemimpin tertinggi. 

“Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti Allah, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.

“Dia (Guan Eng) pun tahu perkara ini, kita sudah maklum dan peraturan ini sudah diwartakan, pelik juga beliau cakap macam tu,” katanya. 

Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad berkata, keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible perlu dihormati semua kaum
Share this article :

+ comments + 2 comments

Pakcu Rantau Panjang
25 December 2012 at 16:51

Dah lama pun Parti China ni dok berlaga parti Melayu UMno dengan Parti Pak Lebai Kopiah cuma MElayu saja yang buta mata..buta hati..sorrylah kalu kata-kata Pakcu ada pedas siki.

Bila kena keroyok baru nak bersatu...apa guna...bergaduhlah lagi biar dia pijak kepala baru nak sedar...apa guna !!!!!

Anonymous
25 December 2012 at 23:09

orang cina dah lamo dah pijak kepalo kita disobabkan pemimpin kitolah. sapo beri singapore pada lee kuan yew? amenolah. sapo beri taraf kewarganegaraan kpd cino? amenolah. sapo beri taraf kuasa politik kpd cina? amenolah. sampai chua soi lek hino agama kito sonyap ajo pemimpin kito. ameno dah buleh jago orang melayu dan islam. cukuplah masonyo berehat.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team