GEMPAR! SANGAT WAJIB DIBACA MUSLIM: ISRAEL BUKTIKAN KEAGUNGAN ALQURAN DI ZAMAN MODEN!

17 Nov 20126comments

ISRAEL BUKTIKAN KEAGUNGAN AL QURAN DAN HADITH NABI MUHAMMAD SAW!
Dengan Nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang... 

Sebelum MHS memulakan artikel kali ini, marilah kita renung ayat ALLAH yang Maha Agung ini: 

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ AL Maidah, Ayat 78

Maksud:

Telah dilaknat orang kafir dari Bani Israel,menerusi lisan Daud dan Isa anak Maryam,adalah kerana tabiat mereka yang sering durhaka dan melampaui batas.

Serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Bandar Gaza pada malam Awal Muharam 1434H dan masih berterusan sehingga kini membuktikan bahawa Al Quran itu Benar, Kalam Allah itu Benar dan merupakan bukti nyata yang terang dan jelas yang dapat disaksikan oleh Masyarakat Akhir Zaman.

Mukjizat Al Quran menerusi banyak ayat yang mengisahkan tentang bangsa yang dinamakan Bani Israel ini telah dibuktikan bukan sahaja terhadap orang Islam tetapi juga kepada seluruh ummat manusia ketika ini. 

Perkara ini juga tidak akan tamat selagi mana pertelagahan Umat Islam sesama sendiri tidak lagi reda. Kejayaan tidak akan tercapai selagi mana umat Islam berpecah dan perpaduan ummah tidak dapat dicapai. 

Mari kita saksikan Hadith Rasulullah ini: 

Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya: “Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.
Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:
“Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.”(Bukhari)
Sekali lagi diulangi amaran Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu: 
".... Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.” (Bukhari)

 Kesimpulan: Selagi Negara-negara Arab tidak bersatu atas dasar akidah yang satu, selagi negara-negara Islam tidak bersatu atas dasar akidah yang satu, selagi Hamas dan Fatah tidak bersatu atas akidah yang satu, selagi UMNO dan PAS tidak bersatu atas akidah yang satu, Maka musuh-musuh ISLAM masih lagi akan berkuasa.... cth terbaik : ISRAEL.. 


Malaysia menerusi Kementerian Luarnya mengecam keras serangan Israel terhadap Gaza. Terbaharu Najib Razak memohon kedua-dua pihak menghentikan serangan.... 
GESAAN MALAYSIA:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia amat bimbang dengan perkembangan keganasan yang tercetus di Gaza. 
"Kami menggesa kedua-dua pihak yang terlibat supaya menghentikan segala aktiviti keganasan itu agar tidak ada lagi nyawa orang awam terkorban," katanya menerusi entri terkini dalam blog 1Malaysia, hari ini. Beliau berkata aktiviti keganasan itu, sekali gus menunjukkan betapa perlunya proses perdamaian di Asia Barat. 
"Untuk itu, kami juga menggesa campur tangan daripada kuasa besar dunia bagi menjamin keamanan di wilayah itu," katanya. 
Perdana menteri berkata Malaysia juga sentiasa bersedia untuk membantu dalam apa jua keadaan agar proses perdamaian yang diharap dapat dilaksana. - BERNAMA

Kita wajib bersatu!


 Barulah ini berlaku! 

Kehancuran Musuh Allah dan Musuh Islam dengan hanya penyatuan hati umat Islam kerana ALLAH..

Bukan menadah tangan untuk menghancurkan sesama sendiri... 

 Sebagai orang ISLAM , kita wajib berdoa... agar penyatuan Ummah berlaku...ALLAHUAKBAR!
Share this article :

+ comments + 6 comments

Pro penyatuan
17 November 2012 at 20:46

Allah sengaja membiarkan yahudi bermaharajalela selagi umat Islam masih leka dan lalai.bukti bahawa AlQuran itu benar..

Anonymous
24 November 2012 at 20:05

kenapa perdana menteri kita yang berani itu supaya kedua2 pihak menghentikan keganasan...israel yang mengganas,palestin hanya mempertahankan diri...takkan tu pun nak kena ajar

Anonymous
10 December 2012 at 23:42

Apa yg kau merepek ni Anon 20:05, kalau x tau pasal diplomatik jgn nak meraban kat sini.. Kau tu tau nak kutuk PM je.. Kau tu pergi belajar dulu sebelum nak ajar org.. Bangang..

Anonymous
12 December 2012 at 16:00

Intipati dari bahasan diatas ialah: yang bodoh, tamak, ego, perasan lebih alim, kaki cari salah orang, berpura-berpura, emosi lebih dari akal, suka maki dan mencarut, itu akan mencari jalan membelekangkan kesatuan dalam akidah lantas MEMUDAHKAN musuh Islam menghancurkan umat Islam!Wahai saudaraku dalam Islam, bangkitlah dengan penuh kesedaran! Penghancur Islam sebenarnya senyum lebar dengan kebodohan ketara dan jelas diantara umat Islam ini!

19 November 2015 at 05:01

TIADA MANUSIA ATAS DUNIA YANG LAYAK MENASEHATI ISRAEL AGAR BERHENTI MEMERANGGI RAKYAT PALESTIN SELAIN IMAM MAHDI

19 November 2015 at 05:07

TIADA MANUSIA ATAS DUNIA YANG LAYAK MENASEHATI ISRAEL AGAR BERHENTI MEMERANGGI RAKYAT PALESTIN SELAIN IMAM MAHDI

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team