SIAPA MAZLN ALIMAN DI MATA ORANG FELDA BUKIT ROKAN, ROKAN UTARA , GUGUSAN JELAI DAN RAJA ALIAS DI JEMPOL?!!

23 Dec 20124comments

Mazlan Aliman tidak sepopular Mazlan PET-PET , malah Mazlan Aliman ini popular dengan gelaran penyebar fitnah FELDA ketika ini kerana menyebar cerita-cerita fitnah yang bersifat gosip dan tidak menguntungkan penduduk FELDA malah menjatuhkan harga saham FELDA dengan cerita-cerita dongeng nya itu!

Disebabkan itulah, kegeraman penduduk FELDA kawasan sekitar  dilampiaskan di dalam Perhimpunan Oren yang diadakan mamat ini. 

Penyebar Fitnah patut dikenakan Hukum Hudud! 

Sebahagian besar penduduk di Felda Rokan Utara berkumpul untuk tidak membenarkan penyebar fitnah masuk ke kampung, rumah kediaman mereka

Petikan Akhbar: 

TAMPIN - Jelajah Oren Selamatkan Felda yang dianjurkan Persatuan Felda Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) di sembilan penempatan Felda di negeri ini, semalam kecoh apabila ratusan orang ramai, sebahagian besar penduduk di situ, menghalang laluan konvoi.

Mereka berbuat demikian bagi menyekat perhimpunan yang dijadualkan menjelajah kawasan Felda menyebabkan penganjur gagal memasuki empat kawasan Felda iaitu Felda Kepis, Kuala Pilah; Bukit Rokan Barat, Jempol; Bukit Rokan Utara, Tampin dan Gugusan Jelai, Gemas.


Dalam kejadian bermula kira-kira 10.15 pagi itu, jelajah yang diketuai Mazlan Aliman tiba di Felda Bukit Rokan Utara, di sini dan disekat kira-kira 100 penduduk yang tidak mahu orang luar masuk ke penempatan mereka melakukan jelajah berkenaan.



Menurut sumber, kekecohan berkenaan berlaku apabila penganjur dan peserta jelajah tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda di situ.



“Berlaku pertengkaran daripada kedua-dua belah pihak menyebabkan peserta jelajah berkenaan terpaksa beredar.  Bagaimanapun, ketika mereka mahu beredar, sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna oren terlanggar sebuah motosikal penduduk sehingga mencetuskan pertelingkahan.



"Salah seorang penduduk yang berang menyerang kenderaan berkenaan dan memecahkan cermin hadapan kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang peserta jelajah cedera ringan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.



Kekecohan itu, bagaimanapun, reda selepas polis bertindak dengan menasihatkan mereka yang berkumpul supaya bersurai dengan segera.



Difahamkan, selepas kekecohan di Felda Bukit Rokan Utara, dekat sini, orang ramai turut berkumpul di setiap pintu masuk penempatan Felda lain, dekat sini menyebabkan penganjur mengambil keputusan membatalkan program jelajah terbabit, semalam.



Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang mengesahkan menerima laporan berhubung insiden berkenaan.
Katanya, polis sedang menyiasat kejadian tersebut.



"Kejadian berkenaan menyebabkan pihak polis terpaksa mengerahkan 12 anggota membabitkan dua pasukan rusuhan kecil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin untuk berkawal di persimpangan Jelai bagi mengawal keadaan," katanya.



Difahamkan, kekecohan program Jelajah Oren, semalam, merupakan pertama kali berlaku di Negeri Sembilan.



Sebelum ini, kekecohan sama pernah berlaku pada Konvoi Oren Selamatkan Felda yang berlangsung pada 3 November lalu di Felda Lawin Selatan, Gerik, Perak. -SINAR HARIAN- 
Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
23 December 2012 at 21:06

mazlan ni..orng kg aku,felda bukit ramun,kulai johor.adik baradik die pun tak setuju dgn tindak tanduk die ni,apalagi orng kg..majoriti menyampah dengn apa yang die sedang lakukn,,aku lagilh..ape yang cuba die bawa hanyalh fitnah dan semata2 untuk mandapatkan jawatan dlam parti...nnti dapatlh jawatan atau calon menggantikn calon yang kalah 2 kali tu[minhat]..minhat ni dulu..punyalh negative,org tnm semula sawit dia tanam pisang,pastu jadi hutan belantara..sengal.tapi skang dah jadi broker hartanah,asb laki bini 100k sorang dah maju itupun anya kalah pru12 ,klu mng ..laglh.mazlan ni di sebut2 pengganti minhat..tapi kat kg pun org tak sokong..skang ni nak tbur fitnah kat felda lain pula.teman nak nasihatkan warga felda..mazlan ni mmg tak boleh pakai..percayalh ..bleh ckeck kat felda bukit ramun kulai..

Anonymous
23 December 2012 at 21:21

belajar felda support dah pandai sikit nakpijak kepala,klu ada kelemahan mana2..bincang untuk selesaikan..tak payah nak jadi cicakmanlah..mazlan ni ayat die mmg manis,tapi bukn bijakpun die ni.masaalah kecik aje dlm felda ,dicanang macam seluruhnye pincang,,apalh ko ni mazlan ,ko tunggulh pru 13 ni,bila ko kalah,tk trkata2lh ko,semua org kanan ko tinggalkn ko,ko pun bawalh arah sendiri.kesoarangan..ha5

Anonymous
24 December 2012 at 03:22

iso samad kontot dahlah rasuah semua oghang tau. tibo2 jadi pengerusi felda tumpet lubok emas apo layi ..dah kayo rayo dah..tak lamo jadi antu ghayo eh. tak pun jadi antu toyol ganti khir toyol selangor.

Anonymous
25 December 2012 at 08:49

Sya dari kuching.. wife warga bukit ramun.. tiap kali balik ikut jalan belakang (jambatan baru).. sure lintas depan rumah mazlan.. tiap kali lintas umah dia, Wife akan kata ni la rumah mamat yg tak kenang budi..

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team