#HOT PENJELASAN WANG PETRONAS WANG RAKYAT KEPADA RAFIZI RAMLI DI SEREMBAN! @rafiziramli @mymassa

25 Jan 20141comments

1.MHS sungguh kurang berpuas hati dengan analisis ekonomi yang dibuat oleh Rafizi Ramli (PKR) dalam ceramah GST anjuran PR di Sermban Negeri Sembilan malam tadi. 


2. Rafizi Ramli Penganalisis PKR menyatakan bahawa Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan sebelum ini menggunakan wang Petronas sebanyak RM3 Billion sahaja berbanding RM70 Billion digunakan Kerajaan Malaysia sekarang. 

3. Walaubagaimanapun, Rafizi Ramli tidak menyatakan atau dengan kata lain menyembunyikan fakta - fakta berikut: 

4. Rafizi Ramli tidak nyatakan bahawa perbezaan waktu di antara Pemerintahan sekarang dan Pemerintahan zaman Anwar DAHULU telah melangkau melebihi 15 tahun lamanya (Teori Deflasi dan Inflasi tidak dikupas oleh Rafizi) . 

5. Rafizi Ramli juga tidak menyatakan sepanjang 15 tahun itu , Malaysia , negara serantau Asia Tenggara telah mengalami DUA jenis krisis ekonomi kewangan terbesar pernah dilalui iaitu pada tahun 1998 (Krisis kewangan Asia Tenggara yang hampir memufliskan negara) dan Krisis Kelembapan Ekonomi Antarabangsa (Europe dan Amerika Syarikat) pada tahun 2008. 

6. Sebagai Penganalisis yang hebat, amat mustahil Rafizi tidak mengetahui berapa bilion kerugian negara pada kedua-dua krisis berkenaan dan amat tidak masuk akal jika Rafizi tidak tahu bahawa mata wang negara juga jatuh dek kerana krisis berkenaan dan amat berbeza jika hendak dibandingkan semasa zaman negara mempunyai Ekonomi yang amat stabil sepanjang 1992-1995. 

7. Rafizi Ramli juga seorang yang belajar ilmu ekonomi asas sengaja mengelirukan rakyat biasa atau dengan kata lain memperbodohkan rakyat dengan melibatkan Wang Petronas dan Pengaplikasian Sistem Percukaian GST yang baru yang dilihat mahu mengelabui pemahaman rakyat. 

8. Rafizi Ramli sepatutnya menyatakan kepada rakyat bahawa Anwar Ibrahim bukannya mahir sangat ilmu Ekonomi kerana Anwar Ibrahim hanyalah seorang yang belajar ilmu sastera, sudah nyata terang lagi bersuluh bahawa urusan ekonomi ketika itu lebih banyak dibantu oleh Penjawat-penjawat awam bergelar Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan Pegawai-pegawai KEWANGAN yang menjawat jawatan di agensi - agensi Kerajaan yang bertindak sebagai pelaksana dan penasihat Kerajaan disamping kebijakan Mantan Perdana Menteri TUN DR Mahathir yang sememangnya tidak boleh disangkal .

9. Adalah tidak layak sama sekali keberkesanan pengurusan Ekonomi Negara pada 1992-1995 hanya diberikan penghargaan kepada Anwar Ibrahim seorang!

10. Sekiranya Rafizi Ramli sudah mengupas perkara-perkara yang di atas , barulah layak untuk Rafizi Ramli mempersoalkan perbezaan RM3Bilion wang Petronas yang digunakan Kerajaan Malaysia 1992-1995 dengan RM70 Billion wang Petronas yang digunakan  Kerajaan Malaysia pada 2009 - 2014! 

P/S : GST 6%  DIKENAKAN KEPADA RAKYAT YANG BANYAK MEMBELI BARANGAN MEWAH. BARANGAN MAKANAN HARIAN TIDAK DIKENAKAN GST! 

BELI BANYAK BARANG MEWAH, BAYAR BANYAK LAH CUKAI...SIMPLE..  


Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
25 January 2014 at 12:46

setakat 2bd class degree je pun tapi berlagak mcm 4 pointer.... adat laaa org lembut mabuk kuasa ....

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team