TIPS / PEDOMAN MENJADI INSAN TAWADHUK, CEMERLANG DI DUNIA, CEMERLANG DIAKHIRAT. YERP...YERP...

5 Jan 20141comments

Tenangnya terasa jiwa pabila melihat gambar ini, tenang lagi mereka yang bersolat sebegini...

Bagaimana untuk mendidik jiwa Tawadhuk? Di kesempatan yang ringkas ini, MHS kongsikan beberapa tips :


1. Kenal hakikat diri dan hakikat Pencipta. 


Jika kita tahu dan sedar siapa diri kita dan betapa berhajatnya kita kepada Allah s.w.t., maka tiada sebab untuk kita merasa  BESAR DIRI. 
Setiap udara yang kita hidup, setiap urat saraf dan sendi yang bergerak semua berlaku dengan izin Allah s.w.t. Kita cerdik, kerana akal yang sempurna kurniaan Allah. Kita petah berhujjah kerana lidah fasih kurniaan Allah,Kita rajin dan ringan tulang kerana tubuh yang sihat pemberian Allah s.w.t. 

Semuanya dari Allah dan milik Allah. lalu bagaimana kita boleh rasa besar diri? La hawla wa la quwwata illa bilLah Al-Aliy Al-Azhim.

2. Ketika dipuji oleh orang lain, beristighfarlah dan wujudkan rasa malu terhadap Allah s.w.t. dan diri sendiri. 

Bisikkan pada diri, "Ya Allah, mereka puji aku semata-mata kerana menilai zahirku, kalaulah mereka mengetahui batinku, rahsiaku dan apa yang tersembunyi dari dosa-dosa silam dan keburukanku, pasti mereka tidak akan berberbuat demikian. Mereka tak tahu, tapi aku tahu dan Allah Maha Mengetahui. Ya Allah, peliharalah hatiku"

3.  Kita bukan paling MULIA



Rasakan dalam diri bahawa sesiapa sahaja yang kita temui samada kanak-kanak, remaja, orang tua, berpendidikan rendah, sederhana, tinggi atau pun tidak berpendidikan mungkin jauh lebih baik dari kita walaupun kita ini dihormati di mata mereka. Wujudkan sangkaan mungkin ilmunya lebih tinggi, akhlaknya lebih mulia, ibadahnya lebih banyak dan hubungannya dengan Allah mungkin lebih rapat dari kita.


 (SUMBER)
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
5 January 2014 at 21:43

Kongsi tips jiwa yg tenang,
Sentiasa memaafkan.
Sabar dan menahan marah.
Qana'ah dan sentiasa bersyukur

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team