CABARAN MENJADI TIMBALAN MENTERI PELAJARAN TERKENA "TUMBUKAN PADU MAUT",

12 Jan 20140 comments

Inilah antara cabaran yang perlu dilalui oleh seorang yang bergelar Timbalan Menteri Pelajaran. Kamalanathan (Timbalan Menteri Pelajaran) diberitakan ditumbuk oleh seorang lelaki di pejabatnya gara-gara tidak puas hati mengenai permohonan perpindahan guru berkenaan. 

Untuk rekod terdapat beberapa negeri yang dilaporkan telah mempunyai lebihan guru di sekolah-sekolah. Kalau ikut kata Tony Phua (DAP) tahun 2011, mereka ada formula nak kurangkan guru-guru yang terlebih ini. (Hati-Hati ya wahai semua guru! )

BERITA


HULU SELANGOR: Kerana tidak puas hati dengan layanan diberikan terhadap bapanya, seorang lelaki bertindak menumbuk Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan hingga mengalami kecederaan di bahagian leher, di pejabatnya di sini, petang tadi.
Sebelum kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Kamalanathan dikatakan bertemu dengan bapa suspek yang meminta bantuannya untuk urusan memindahkan menantunya yang bertugas sebagai guru di selatan tanah air. 
Bagaimanapun, setelah diterangkan yang beliau hanya mampu memberikan sokongan, bapa suspek bertindak merayu hingga menyatakan sanggup mencium kaki Timbalan Menteri terbabit. 

Terkejut dengan tindakan lelaki itu, Kamalanathan memintanya untuk beredar dari situ.

Beliau terus menghadiri perjumpaan lain di pejabatnya.
Sebaik tiba, beliau berjabat tangan dengan setiap ahli yang menghadiri perjumpaan berkenaan sebelum ditumbuk suspek yang kemudian menuduhnya menghalau bapanya siang tadi. 

Sehubungan itu, Kamalanathan terus membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Beruntung dekat Bukit Sentosa sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu. 

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan kejadian dan memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 324 kerana mendatangkan cedera.


Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team