KALIMAH ALLAH: KETAHUI ANTARA PERKARA YANG DIGERUNI PENDAKWAH KRISTIAN!

12 Jan 20140 comments

1. Ketahuilah wahai saudara-saudara pejuang Islam di Malaysia bahawa antara perkara yang digeruni oleh dakyah Kristianisasi adalah Pendakwah-pendakwah ISLAM yang ketika ini sedang giat menanam semangat cintakan Allah dan RasulNya dalam kalangan umat manusia

2. Sedang mereka (Paderi Kristian di Malaysia) giat mahu menggunakan Kalimah Allah dalam ajaran mereka, mereka sebenarnya sedang GERUN dengan kalimah "Akuilah Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad Pesuruh Allah". 
Ayat ini perlu disebarluaskan di alam-alam maya kepada penganut-penganut Kristian agar mereka memeluk Islam yang mengakui bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD PESURUH ALLAH

3. Maka dengan itu , adalah menjadi kewajipan umat Islam untuk menyebar luaskan pemahaman "LA ILAHA ILLALLAH" - TIADA TUHAN SELAIN ALLAH! . Tampal lah di kereta-kereta, tampallah banner  di kawasan - kawasan laluan supaya ia meresap masuk kukuh terpasak bukan sahaja dalam kalangan umat Islam malah dalam kalangan Penganut Kristian bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH dan MUHAMMAD Pesuruh Allah! Mereka kan mahu menggunakan kalimah Allah!  

4. Dakyah-dakyah Kristianisasi sangat takut apabila masjid-masjid dipenuhi oleh orang-orang Islam terutamanya pada hari JUMAAT. Oleh itu , marilah kita bersama-sama memenuhi masjid-masjid dan majlis-majlis tazkirah agama agar ianya digeruni oleh musuh-musuh ISLAM! 

5. Kita perlu buat reverse psychology  kalau kita hendak menang dalam perjuangan menegakkan ISLAM. 

6. Dakwah Kristian hanya dilakukan oleh paderi-paderi mereka sahaja, tetapi kita orang ISLAM telah diwajibkan ke atas kita semua untuk melaksanakan DAKWAH ISLAM walaupun satu ayat! Allahuakbar!



Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team