"Demi kerakusan politik songsang, ada pihak tertentu banyak menangguk di air keruh sehingga penguatkuasaan sukar dilaksanakan"
Itulah contoh kata-kata beberapa penguatkuasa yang ditemubual MHS ketika melalui beberapa blok Hutan Simpan yang diceroboh yang menelan kerugian ratusan ribu ringgit malah ada yang jutaan ribu ringgit akibat pencerobohan hutan simpan. Hutan Simpan merupakan khazanah negeri dan negara yang perlu dipelihara bersama. Mana tidaknya , habis kayu-kayan seperti Meranti Tembaga, Sesenduk dan banyak lagi kayu kayan yang ratusan tahun umurnya ditebang secara haram , dijual malah ada yang dibakar.
Apabila ditanya mengapa tindakan sukar / lambat dijalankan, mereka (penguatkuasa) berkata apabila kerajaan ambil tindakan seperti memusnahkan tanaman yang ditanam penceroboh, dan membawa kes ke mahkamah , pihak penceroboh dan pihak tertentu BERHALUAN KIRI akan mengadakan piket dan bantahan-bantahan konon-kononnya pihak Kerajaan menindas rakyat .
Bagi rakyat lain yang tidak mengetahui perkara berkenaan akan mempercayai dan kerana itulah kadangkala tindakan - tindakan penguatkuasaan lambat dan sukar diambil.
Agensi Penguatkuasaan juga digesa untuk melaksanakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada. Sekiranya terdapat pembuktian yang lengkap, agensi penguatkuasaan perlu mengambil tindakan agar khazanah negara tidak terus dicemar , negara dan rakyat menanggung kerugian!
p./s : Buat apa takut dengan pembangkang! mereka memang suka berdemonstrasi!
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...