PEMAIN HARTANAH / ORANG TENGAH JANGAN TERLALU TAMAK!

21 Jan 20140 comments


Pemaju wajar henti amalan jualan pra-pelancaran projek perumahan baharu

Jualan prapelancaran projek hartanah dikenal pasti antara penyumbang kepada aktiviti spekulasi berlebihan, sekali gus mengakibatkan kenaikan mendadak harga hartanah di negara ini. 



Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar, berkata pemaju hartanah wajar menghentikan amalan jualan prapelancaran bagi menangani aktiviti spekulasi seumpama itu.


Jual lebih tinggi 

Katanya, kebanyakan pembeli yang hadir pada majlis prapelancaran sesuatu projek hartanah adalah mereka yang membeli untuk tujuan menjualnya semula di pasaran sekunder pada harga lebih tinggi bagi meraih margin keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.


p/s 

1. Pemain hartanah jangan tamak , sekiranya pemain-pemain hartanah terus menerus bersikap tamak dengan menjual harga lebih tinggi melebih-lebih daripada harga pasaran , tidak mustahil suatu masa rumah-rumah ini tidak akan mampu dimiliki dan akan menyebabkan lambakan rumah. 

2. Ditambah pula dengan kemudahan kredit yang sukar pada masa hadapan. Maka , bakal terjadilah keadaan yang dipanggil "economy burst" - harga hartanah pula akan merudum! 

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team