ISU KALIMAH ALLAH : PAS NEGERI SEMBILAN SIBUK BUAT REPORT LAIN!

9 Jan 20140 comments


Laporan polis oleh PAS Seremban bersama Pemuda PAS Seremban terhadap kenyataan Mufti Perak di media berkenaan isu "Bughah" pada 6 Jan 2014.

PAS Negeri Sembilan dikritik apabila tidak melaksanakan tindakan membantah apatah lagi membuat laporan polis berhubung ancaman Kristianisasi terhadap orang-orang Islam di Malaysia, sebaliknya PAS Negeri Sembilan melaksanakan kempen Anti-Mufti Perak berhubung kenyataan peserta Guling Kerajaan boleh disabitkan 'BUGHAH' atau Penderhaka dengan membuat laporan Polis pada 6 Jan 2014 yang lalu. 

Persoalannya , mana priority / kepentingan terhadap ISLAM sepertimana yang dilaung- laungkan sebelum ini?! 

Untuk rekod, tiada lagi mana-mana individu dan pemimpin PAS Negeri Sembilan yang membuat laporan Polis menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melaksanakan penguatkuasaan terhadap enakmen penyebaran agama lain terhadap umat Islam. 

Patutlah PAS Negeri Sembilan tewas di ke semua kerusi DUN dan Parlimen di Negeri Sembilan pada PRU 13. Kurangkanlah berpolitik dan Peliharalah urusan agama wahai PAS Negeri Sembilan! 



Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team