1. Tindakan tatatertib penting bagi memastikan perjalanan atau urus tadbir sesebuah organisasi dijalankan dengan betul dan mengikut garis panduan yang telah digariskan.
Guru Lembu menyuruh pelajarnya berkelakuan seperti Lembu |
2. Mengulas mengenai tindakan seorang guru Cina yang bertindak keterlaluan dengan memaksa 2 orang muridnya memakan rumput sambil menggantung loceng di leher mereka merupakan satu perkara yang boleh dikenakan tindakan TATATERTIB!
3. Sebagai seorang penjawat awam, tindakan guru berkenaan dianggap membelakangkan hak awam apatah lagi kalau dikaitkan dengan HAK Asasi Manusia, ternyata dia telah MELANGGAR HAK ASASI seorang pelajar.
4. Mana pejuang Hak Asasi Manusia yang berkobar-kobar mahu menegakkan HAK ASASI Manusia yang merepek-merepek sedangkan Pelanggaran Hak Asasi Sebenar di sekolah telah berlaku?! Ya , mereka (SUHAKAM) memperjuangkan kes-kes terpilih. Di mana bagus untuk DAP , itulah yang mereka pejuangkan!
5. Adakah sukar sangat untuk mengenakan tindakan tatatertib kepada guru yang melakukan salah laku? Atau Kementerian Pendidikan Malaysia buat-buat buta dengan apa-apa kesalahan dilakukan oleh guru-guru?
6. Jika hendak mengatakan guru di Malaysia kurang, ini adalah mustahil kerana banyak sekolah ketika ini mengalami lebihan guru!
7. Bayangkan sekiranya BEKAS seorang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar boleh diarah meninggalkan perkhidmatan demi kepentingan awam, apatah lagi seorang guru BIASA yang melanggar kepentingan awam, berbaur rasis dan melanggar hak asasi manusia perlu dibela dan disokong?!
+ comments + 4 comments
Tahniah MHS atas artikel anda!! Sama2lah kita tggu jawapan dari KPM..
Berani kerana Benar.
Kalau setakat pindah/tukar2 sekolah, itu belum tatatertib. Tatatertib terbaik untuk guru tu adalah buang sekolah. macam sekolah selalu buat untuk murid2
Harap KPM dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap guru biadap ini!!! Jangan setakat tukarkan sekolah sahaja, tapi gantung terus kerjanya!!
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...