SEBAB KENAPA MKPN SANGAT LIBERAL DAN PELIK??

8 Jan 20142comments

Wanita Islam liberal 
Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mempertikaikan kredibiliti 29 ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang majoritinya bukan Islam dan puak liberal sehingga mencetuskan kontroversi apabila menghentam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.
Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman (gambar) berkata, kewajaran pemilihan itu dipertikai kerana majoritinya mereka adalah golongan yang dianggap liberal dan lebih ramai ahlinya adalah bukan Islam.
Mesyuarat pertama Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) telah mengeluarkan kenyataan mengkritik tindakan Jais kerana membuat serbuan serta merampas lebih 300 nashkah Bible di premis Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) Khamis lalu.
Antara ahli MPKN ialah Datin Paduka Marina Mahathir (WANITA LIBERAL MALAYSIA) , Tan Sri Lee Lam Thye, Tan Sri Ramon Navaratnam, Dr Micheal Yeoh Oon Kheng, Datuk Datuk Johan Jaafar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (MENENTANG KERAS TINDAKAN JAIS) , Datuk Saifuddin Abdullah, Anas Zubedy, Wardina Saffiyah (PERNAH SEBAR FITNAH DI ALAM MAYA) , Mohamed Maliki Mohd Rapie dan Jagir Singh.
Dalam sidangnya yang pertama, pengerusi MPKN Tan Sri Samsudin Osman mengkritik cara Jais menyerbu PBM kerana ia bertentangan dengan perjanjian 10-perkara antara kerajaan dengan kumpulan Kristian.
Antaranya adalah mereka boleh mengimport Bible berbahasa Melayu. – 8 Januari, 2014. -berita- 



*p/s Pelik juga beberapa dasar dan keputusan yang dibuat pimpinan tertinggi  ketika ini mengundang beberapa masalah. Contohnya penubuhan MKPN. Mulalah cam nak menuduh penasihat-penasihat bengong ni. huhuhu 
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
8 January 2014 at 03:55

Say Goodbye to BN.

Anonymous
8 January 2014 at 18:37

buang punaiiiiisihat PM atau PM kena buang atau BN yang kena buang! mana satu BN / pm hendak?

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team