Molotov dilapor dibaling di sebuah Gereja di Pulau Pinang awal pagi tadi |
1. Rakyat Malaysia diingatkan jangan bermain dengan api , kelak buruk padahnya.
2. Hakikat sebenar mereka yang bermain dengan sensitiviti umat Islam terutamanya yang melibatkan kalimah Allah untuk dipersekutukan merupakan satu tindakan PROVOKASI terbesar terhadap orang Islam di Malaysia.
3. Apa yang mereka mahu adalah kekacauan yang mengganggu gugat keharmonian kehidupan rakyat berbilang kaum yang telah lama di'ekosistem'kan Kerajaan Memerintah.
4. Apa untungnya kepada mereka jika negara berada dalam kancah peperangan? Ternyata provokasi Penggunaan Kalimah Allah jangan lagi disebut dan diungkit penganut agama lain.
5. Sudah terang lagi benar bahawa ALLAH itu Maha Esa , Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah , Allah juga tidak beranak dan diperanakkan.
6. Apa salahnya mereka terus menggunakan 'GOD' yang sememangnya termaktub dalam Kitab Bible mereka. Jikalau mereka mahu menggunakan kalimah Allah, maka mereka perlu akui :
a. ALLAH itu Maha Esa
b. Tiada Tuhan Selain Allah (Bubarkan kefahaman Trinity)
c. Allah Tidak Beranak dan Tidak diperanakkan (Bubar kepercayaan Isa anak Tuhan!)
Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami"
Mufassir Negeri Syam, Abul Fida 'Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy mengulas tentang ayat di atas, "Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah menukar agama Allah. Maka Allah mengeluarkan di hadapan mereka haiwan bumi. Konon khabarnya, dari Mekah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu ". [Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]
Laporan Media Malaysian Insider
Tambahan 250 anggota polis dari Ipoh akan dihantar bagi mengawal gereja dan masjid di Pulau Pinang pagi ini selepas serangan bom "Molotov cocktail" di gereja, Church of the Assumption di George Town.
Gereja Katolik itu diserang selepas kain rentang kontroversi menggunakan kalimah Allah ditemui di luar gereja semalam, kata polis. Hanya satu bom yang berjaya meletup dan satu lagi tersasar.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, suspek yang menunggang sebuah motosikal melempar botol berisi bahan letupan itu dari luar pagar gereja berkenaan sebelum melarikan diri.
"Kita sudah menghantar pasukan forensik untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti suspek," katanya kepada pemberita hari ini.
Katanya siasatan mendapati hanya satu daripada bahan letupan yang diisi dalam dua botol minuman keras itu meletup sehingga menyebabkan kebakaran bagaimanapun tiada kerosakan serius dilaporkan.
Beliau berkata polis sudah mengambil keterangan daripada penjaga gereja yang menyaksikan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Abdul Rahim berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan tertentu yang cuba menggugat ketenteraman awam dengan menimbulkan kekacauan sehingga menyentuh sensitiviti masyarakat di negeri ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menerima sembilan laporan berhubung isu kain rentang berbaur provokasi berkaitan kalimah Allah yang digantung di beberapa lokasi di negeri ini semalam.
Susulan insiden itu, polis menjalankan rondaan termasuk di 48 buah gereja di sekitar daerah Timur Laut bagi memantau perkembangan keadaan, katanya.
Semalam kain rentang bertulis 'Allah is Great (Allah Maha Besar), Jesus is the son of Allah' (Jesus adalah anak lelaki Allah) dilihat digantung di pekarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di negeri ini. – 27 Januari, 2014.
+ comments + 1 comments
Dua2 sekali patut kena. Pihak yg mencetuskn provokasi dan pihak yg respon cara merbahaya terhdp provokasi itu. Jgn pilih kasih plak. Pihak yg terkesan oleh provokasi tu ditangkap..manakala pihak yg cetuskn provokasi dibiarkn..malah dibela pulak.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...