#halauanwar JADI TRENDING DI MEDIA SOSIAL?

19 Jan 20142comments


1. Belum dapat dipastikan lagi adakah Kejadian DS Anwar Ibrahim dihalau oleh Kerajaan Jepun bakal menjadi trending di Twitter dan FB dan berjaya mengatasi Trending #kangkung yang dimanipulasi oleh pihak pro pembangkang daripada ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia. 

2. Ternyata #kangkung adalah daripada manipulasi ucapan dengan hasrat melawak oleh YAB PM , tetapi #halauanwar merupakan kejadian yang benar-benar berlaku apabila Kerajaan Jepun bertindak menghalang DS Anwar sebaik sahaja menjejakkan kaki di Tanah Nippon berkenaan. Ianya diakui oleh DS Anwar dalam kenyataan beliau sebelum ini. 

3. Ironinya #kangkung diperolehi daripada Ketua Kerajaan iaitu DS Najib Razak manakala #halauanwar diperolehi daripada Ketua Pembangkang iaitu DS Anwar Ibrahim. 

4. Kedua-duanya berasal dari parti yang sama sebelum ini iaitu Barisan Nasional atau lebih tepat lagi parti UMNO sebelum DS Anwar dipecat daripada Kerajaan Malaysia selepas terpalit dengan kes Rasuah dan Liwat.  


5. Sama ada kaedah #kangkung dan #halauanwar menjadi peperangan era baru twitter dengan menggunakan lawak sebagai penarik sokongan ia masih belum jelas dengan 2 kes ini. Apa yang pasti pihak yang memulakan serangan adalah pihak pro pembangkang dengan agenda #kangkung mereka. 

6. Betul lah kata orang : "Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali".  Kan dah kena balas... :-) 





Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
19 January 2014 at 22:51

ada yang buat lawak anwar ibrahim tak bayor ptptn,,hehe

Anonymous
20 January 2014 at 00:27

Pi dengan niat nak jumpa maria ozawa mmg ler xberkat..

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team