Kuala Lumpur - Sembilan (9) Pertubuhan Bukan Kerajaan Muslim mengkritik NUCC kerana bersikap seperti meletakkan kesalahan kepada JAIS berhubung rampasan Bible yang mengandungi perkataan ALLAH. Jurucakapnya Zulkifli Nordin berkata JAIS merampas Bible itu kerana terdapat perkataan Allah di dalamnya yang telah dilarang oleh undang-undang dan Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor. Sebelum itu, NUCC menyatakan tindakan merampas Bible berkenaan adalah menyalahi 10 perkara penyelesaian yang digagaskan NUCC. Walaubagaimanapun Zulkifli menyatakan rampasan berkenaan tidak menyalahi 10 perkara penyelesaian berkenaan kerana 10 perkara berkenaan tidak ada menyatakan / tidak memasukkan perkataan 'ALLAH'.
MHS lihat media-media pro Kristian mereka seperti Malaysiakini, Malaysian Insider , even Sun Daily dilihat terus menerus memainkan isu ini dan menyalahkan JAIS dalam perkara ini. Ini belum termasuk blogger-blogger barua yang menjual agama demi mendapatkan keuntungan politik dunia yang sedikit! Tidak ada salahnya untuk pejuang-pejuang agama Allah untuk terus menerus berjuang di belakang JAIS mempertahankan agama Allah Azza wajalla! Allahuakbar!
surah Assoff - ayat 4
Indeed, Allah loves those who fight in His cause in a row as though they are a [single] structure joined firmly.
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang dijalannya sebaris seperti sebuah bangunan yang kukuh "
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...