KENAPA AZIZ BARI MACAM AZIZ BARUA ??!

10 Jan 20140 comments

Kesungguhan Aziz Bari dalam mempertahankan perkataan Allah boleh seboleh-bolehnya digunakan oleh Masyarakat Kristian di Malaysia amat pelik lagi memelikkan. Aziz Bari juga secara konsisten menyelar tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak mengikut Enakmen 1988 merampas bible berbahasa Melayu dalam satu Forum Anjuran PAS pada 10 Januari 2014 lalu. Aziz Bari juga memeranjatkan masyarakat Islam dengan menyatakan Fatwa atau Arahan / dekri /edict yang dikeluarkan oleh Sultan hanya untuk orang beragama ISLAM sahaja meskipun ianya melibatkan sensitiviti orang-orang ISLAM. 

Persoalan yang MHS utarakan ialah Mengapa terlalu BARUA sangat si Aziz Bari Barua ini?? 

Apa hina sangatkah orang-orang Islam untuk mempertahankan ISLAM dan menentang perkara-perkara yang boleh mencemarkan ISLAM??!

Nampaknya musuh Islam ketika ini tidak perlu berkata apa-apa kerana ada orang ISLAM boleh menjual agama mereka dengan begitu mudah demi politik sempit mereka. Nauzubillahi min zalik!  


Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team