TERKINI: ANWAR IBRAHIM DIHALANG KE JEPUN ADA KAITAN DENGAN HAL EKONOMI NEGARA?

19 Jan 20140 comments


1. Perkhabaran yang memeranjatkan semalam apabila Jepun menghalang DS Anwar Ibrahim daripada memasuki negara itu. Ada beberapa rakan-rakan yang menyatakan bahawa kemungkinan antara sebab Anwar Ibrahim dihalang memasuki Jepun mempunyai faktor ekonomi. 

2. Sepertimana diketahui, Jepun merupakan rakan dagang ke tiga terbesar Malaysia. Banyak syarikat-syarikat Jepun mempunyai operasi di Malaysia selain saham-saham syarikat Jepun / rakyat Jepun yang berjumlah billion ringgit di pasaran Malaysia. 

3. Anwar Ibrahim seperti diketahui sering memburuk - burukkan ekonomi negara di mata rakyat asing. Siapa lagi yang tidak tahu bahawa banyak kali Anwar mengkritik Malaysia di Indonesia dan negara-negara serantau. Salah satu contoh paling mudah, Anwar pernah mengkritik Batik Malaysia buatan orang-orang Melayu Terengganu/ Kelantan di Indonesia sambil ditertawa orang-orang INDONESIA. 

4. Berkemungkinan besar Kerajaan Jepun mengetahui Anwar akan 'tersilap cakap' dengan mengkritik ekonomi Malaysia dan seperti diketahui pasaran kewangan amat sensitif dengan spekulasi-spekulasi dan khabar-khabar angin dan orang Jepun semestinya amat arif mengenai jatuh naik harga saham mereka! 

5. Ekonomi sama lah macam kesihatan "Mencegah lebih baik dari mengubati! "  . Nampaknya Jepun juga sudah mengamalkan konsep "ABAI" - ASAL BUKAN ANWAR IBRAHIM dan Anwar telahpun dikangkungkan di Jepun! 

Berita Anwar Ibrahim dihalang masuk ke Jepun: 


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad dilarang memasuki Jepun dan beliau mengkritik layanan yang diberikan oleh para pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.


Beliau menerusi kenyataan di blog miliknya berkata, "Saya membantah sekeras-kerasnya tindakan ini, tidak wajar kerajaan Jepun untuk tidak membenarkan saya masuk dan menafikan hak-hak sah saya bagi perjalanan secara bebas tanpa halangan.



"Ia memang mustahil untuk salah sebuah negara demokrasi yang terkemuka di dunia untuk mengambil tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di bawah alasan lemah itu dan membiarkan saya dengan gambaran bahawa terdapat sesuatu yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku," kata Anwar di blognya yang merujuk kepada campur tangan pihak tertentu yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan masuk ke negara itu.



Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di lapangan terbang pada pukul 6.46 pagi Ahad dari Kuala Lumpur tetapi telah dinafikan kemasukan oleh pegawai-pegawai imigresen.



Sebaliknya, beliau diberitahu untuk menaiki penerbangan pertama untuk pulang atau berhadapan dengan tindakan pengusiran.



Anwar memberi kerjasama dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi. Ketua pembangkang itu diberikan penjelasan berhubung pengusirannya ekoran sabitannya sebelum ini pada 1999.



"Saya beritahu mereka ini tidak boleh jadi sebab yang diterima kerana saya pernah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali sebelum ini pada 2006, 2009, dan 2012.



"Saya memberitahu pihak berkuasa imigresen mesti terdapat campur tangan berhubung perkara inu dan membantah bahawa adalah tidak wajar bagi mereka untuk tidak membenarkan saya memasuki ke negara ini (Jepun) tanpa bona fide dan sebab yang sah," katanya.



Apabila didesak untuk diberitahu sebab lain, para pegawai menjelaskan bahawa tindakan itu diambil 'kerana laporan terkini', Anwar berkata, beliau menuntut penjelasan daripada Wisma Putra.



Anwar turut menambah bahawa pejabatnya lebih awal membuat pertanyaan dengan pihak Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur dan telah diberikan pelepasan.



Menurut kenyataan di blog Anwar, beliau pergi ke Tokyo selepas menerima jemputan peribadi oleh Yohei Sasakawa yang merupakan Pengerusi Yayasan Nippon bagi membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam.
Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team