MEREKA BOYCOTT BARANGAN JEPUN , TAPI GUNA KERETA JEPUN! alahai pembangkang Malaysia!
Apa pun jom kita tengok Altis baru dari Jepun ini!
Akhirnya, Toyota Corolla Altis berwajah baru (facelift) telah dilancarkan secara rasminya oleh Toyota Malaysia. Altis kali ini bukan sekadar berwajah baru dengan kosmetik terkini, tetapi juga hadir dengan enjin terbaru yang lebih moden dari siri ZR yang dilengkapi Dual VVT-i dan spesifikasi paling mewah sudah tentu versi 2.0V yang mempunyai transmisi tujuh kelajuan Super CVT-i. Versi lain ialah 1.6E, 1.8E dan 1.8G. Bagi versi 1.6E, ianya dipadankan transmisi automatik 4 kelajuan manakala versi 1.8E dan 1.8G berkongsi transmisi sama seperti versi 2.0V.
Enjin baru juga bermakna kuasa yang ada telah bertambah. Toyota Corolla Altis 1.6E mempunyai kuasa sebanyak 120PS dan 154Nm tork, 1.8E dan 1.8G pula berkuasa sebanyak 140PS dan 173NM tork dan versi tertinggi 2.0V mewah dengan kuasa setinggi 147PS dan 187Nm tork. Melihat kepada harganya yang ditetapkan oleh pihak Toyota Malaysia, boleh dikatakan Altis kali ini merupakan sebuah kereta sedan dalam siri C yang kini berada dalam kategori premium, mungkin cuba mengejar pasaran Honda Civic.
Corolla Altis 1.6E ditawarkan harga RM105,990.00, versi 1.8E berharga RM112,990.00, versi 1.8G dengan harga RM122,990.00 dan versi tertinggi 2.0V berharga RM131,990.00. Kesemua harga tersebut adalah harga atas jalan dan lengkap dengan insuran. Model yang diimport sepenuhnya dari kilang Toyota di Thailand itu (CBU) kelihatan agak mahal tetapi harus diingat terdapat banyak ciri-ciri dan teknologi mewah yang dilengkapkan kepada Altis terbaru ini, bukan sekadar transmisi automatik 4 kelajuan seperti untuk versi sebelum ini.
Melihat kepada reka bentuk dan gaya menarik Toyota Corolla Altis facelift terbaru ini, minat pasaran terhadap model ini pasti akan melonjak kembali setelah lama agak tenggelam dek penguasaan pasaran oleh pesaingnya dari Honda. Sekarang sudah pasti ada yang keliru antara Honda Civic dan Toyota Altis, mana satu untuk dibeli agaknya? Hanya masa yang akan menentukan, namun dijangka Toyota Corolla Altis akan menjadi antara model import terlaris selepas ini. sumber
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...