LELAKI ISTIMEWA TAHU AJAL MENANTI !

29 Jan 20148comments



BESUT - Tindakan seorang lelaki OKU memangkah pada tarikh hari dia meninggal dunia pada sebuah kalendar menjadi misteri kepada ahli keluarganya sehingga sekarang.

Pemuda terbabit, Mokthar Yunus, 34, menghembuskan nafas terakhir di hadapan kakaknya, Syarifah Ibrahim, 45, di Felda Tenang, di sini, kira-kira jam 9.35 pagi kelmarin.

Menurut Syarifah, adiknya itu sebelum ini sering diserang penyakit gastrik dan beberapa hari sebelum meninggal, dia hanya mengadu sakit perut dan keletihan.(gambar hiasan).

Katanya, adiknya itu yang masih bujang mengalami masalah mental dan tinggal seorang diri di rumah peninggalan ibu bapa mereka terletak di belakang rumahnya.

“Pagi sebelum dia meninggal dunia, saya pergi ke rumahnya untuk hantar nasi dan ketika itu dia sedang berbaring.

"Memandangkan keadaannya kurang sihat, saya ajak dia ke rumah saya sementara tunggu kenderaan untuk bawanya ke Hospital Besut," katanya.

Bagaimanapun kata Syarifah, sebaik adiknya duduk di atas kerusi di rumahnya, Mokthar tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang dimaklumkan sejurus kemudian.

“Dia adik bongsu saya berlainan bapa, kematiannya memang mengejutkan kerana ia berlaku depan mata saya sedangkan keadaannya sebelum ini tidak begitu serius,” katanya.

Syarifah berkata, lebih membingungkan mereka sekeluarga, terdapat kalendar kertas yang berada di atas lantai bahagian hujung kepala tempat Mokhtar tidur yang telah berpangkah iaitu pada tarikh sama dia meninggal dunia.

Sehingga kini tiada sesiapa mengetahui apakah tujuan mangsa memangkah pada tarikh tersebut sama ada mempunyai temu janji atau program.Kata Syarifah, dia juga baru mengetahui adiknya itu dipercayai menghidap penyakit paru-paru berair dan asma berdasarkan ubat yang diambilnya.

“Dua hari sebelum dia meninggal, saya bawanya ke Hospital Besut kerana dia mengadu sakit perut."Tak tahu pula saya dia ada penyakit lain, tambahan dia menjadi pendiam sejak belakangan ini,” katanya.

Jenazah Mokthar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenang, Hulu Besut. sumber
Share this article :

+ comments + 8 comments

Anonymous
30 January 2014 at 00:29

umno pangkah lah tarikh PRU14... tarihk umno berkubur

Anonymous
30 January 2014 at 03:03

Tarikh ko mati nak aku pangkah x?

Anonymous
30 January 2014 at 04:11

Umno akan jadi kubur tempat mintak nombor ekor pada PRU14 nnt. Tengok ler camne Najib urus tadbir negara dari segi kewangannya,politiknye sampai melayu di hina agama islam di buat gurauan oleh puak2 komunis namun tidak ada tindakan dari kerajaan. Najib tak mampu nak jadi PM yang di hormati dan di segani. Kata2nya menjadi gurauan sampai budak2 pun boleh buat main. Half past six punya PM.

Anonymous
30 January 2014 at 22:06

Bagi aku dia seorang PM yang sakit.Dia diam seribu bahasa bila Islam,Melayu dan Agong dan Sultan dihina komunis babi.Seorang PM yang tiada telur dan maruah.

Anonymous
31 January 2014 at 00:46

Aku rasa apa apa korang cakap pasal Najib pun, alternativenya lagi teruk pasal pembangkang tak ada pemimpin yang akan mempertahankan Islam.Tak payahlah aku cakap pasal Anwar,DAP terlalu banyak evidence tentang salahlaku dia dan memang dah pegang telur dia kemas kemas.PAS pun sama jer teruknya, terlalu lemah lembut dan tak boleh tegas macam apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw. Aku rasa Najib dan Muhyiddin kena lebih rapatkan kerjasama antara mereka dan ketepikan pengaruh PEMANDU.Muhyiddin kuat pegangan Islamnya dan berhati Melayu.Negara ini tidak akan boleh aman berterusan dan berdaya saing dengan negara maju jika kaum majoritinya tidak bersatu dan ketinggalan. Ini bukan khusus diMalaysia saja, man-mana negara pun, kalau kaum majoritinya tidak bersatu dan maju,negara keseluruhannya tidak akan maju dan aman.

31 January 2014 at 02:21

Semakin hari semakin ramai melayu tanah melayu yang TERLALU LAPAR hendak menjadi SINGAPURA. Teruskanlah niat anda itu untuk kuburkan UMNO pada PRU14 ni! semoga anak cucu anda kenangi anda sebagai PENGKHIANAT TANAH AIR. wassalam

1 February 2014 at 18:35

tunggu sajalah saat semua keistimewaan orang-orang Melayu, biasiswa, bantuan ekonomi dan etc ditarik dan tidak dinikmati oleh anak-anak kita...

3 February 2014 at 22:57

JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL 7X PUTARAN BERTURUT TURUT BILA BERMINAT HUB KI JAYA DI NMR (_085-342-064-735) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB THA,SK ROO,MX SOBAT ATAU [⌣»̶•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌☀̤̈>>KLIK*DISINI<<☀̤̣̈̇•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌«̶⌣]








JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL 7X PUTARAN BERTURUT TURUT BILA BERMINAT HUB KI JAYA DI NMR (_085-342-064-735) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB THA,SK ROO,MX SOBAT ATAU [⌣»̶•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌☀̤̈>>KLIK*DISINI<<☀̤̣̈̇•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌«̶⌣]


JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL 7X PUTARAN BERTURUT TURUT BILA BERMINAT HUB KI JAYA DI NMR (_085-342-064-735) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB THA,SK ROO,MX SOBAT ATAU [⌣»̶•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌☀̤̈>>KLIK*DISINI<<☀̤̣̈̇•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌«̶⌣]



Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team