10.00 pagi tadi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan UMNO Negeri Selangor telah melawat Giatmara Selayang untuk menyelami permasalahan di pusat latihan tersebut.
APA KATA : Ustaz Fathul Bari
1. Isu ini perlu diberi perhatian kerana Mara sejak mutakhir ini menjadi sasaran kerajaan Selangor sama seperti Uitm Serendah.
2. Giatmara telah wujud 20 tahun secara konsisten tanpa diganggu gugat dan lokasi sekarang adalah sangat bersesuaian kerana pusat latihan ini menyeediakan asrama kepada pelatih (tumpuan Pusat Giat MARA ini adalah kepada penduduk setempat).
3. Sekiranya kerajaan negeri Selangor mahu ia dipindahkan apa tawaran kerajaan negeri berikan (tapak) kerana surat mengatakan perlu kosongkan tanpa ganti rugi.
4. Percanggahan kenyataan antara exco dan MB Selangor jelas menunjukkan kepincangan pentadbiran pentadbiran Selangor.
"Kenyataan MB memberi pengiktirafan dengan mengatakan perlu penambahbaikan prasarana. Sedangkan exco datang tidak sebut benda tu malah serah surat untuk mengosongkan bangunan"
APA KATA : Hasnal Rezua Merican
1. Umno akan mengkaji daripada sudut perundangan dan fakta untuk mempertahankan Giatmara Selayang.
2. Giatmara ini ditubuhkan atas kebenaran oleh kerajaan Selangor secara percuma (bukan TOL atau sewaan).
3. Surat yg dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah (arahan mengosongkan) menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab yang mendakwa MARA menduduki tanpa kebenaran sedangkan Giat Mara ada kontrak yang sah.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...