TWITTER ADUN KERAJAAN SELANGOR DIGODAM?

27 Jan 20140 comments


Digodam ke tweet masa tengah mabuk?



SERI KEMBANGAN – Adun Seri Kembangan yang juga Exco Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu serta Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah mendakwa akaun twitternya digodam tanpa pengetahuannya.

Perkara itu disedarinya selepas dimaklumkan seorang ahli jawatankuasa parti yang menghantar gambar mempamerkan akaun twitter miliknya dengan satu kenyataan palsu, pagi semalam.

Status bertarikh 9 Januari itu mempamerkan kenyataan beliau menuduh PKR dan Pas tidak mampu menyelesaikan isu berkaitan ahli majlis.

“Saya tidak perasan sehinggalah diberitahu pagi tadi (semalam), saya periksa rekod memang tidak pernah hantar status seperti itu, tak mungkin saya ‘tweet’ kenyataan seperti dipamer,” katanya.

Katanya, beliau tidak tahu apa agenda pihak tidak bertanggungjawab menggunakan dan menggodam akaun laman twitternya.

Beliau akuia kesal dengan apa yang berlaku dan mengutuk tindakan dipercayai untuk mencipta pertelingkahan antara ahli dalam kalangan parti Pakatan Rakyat (PR).
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team