TERKINI ! SEORANG ADUN SELANGOR DISAHKAN TELAH MELETAK JAWATAN HARI INI!

27 Jan 20142comments

1. ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dilaporkan telah menghantar surat peletakan jawatannya selaku wakil rakyat kepada Speaker Dun Hannah Yeoh. 

2. Screenshot surat peletakannya juga sedang berlegar di laman sosial. 

3. Hal ini mengesahkan desas desus dan khabar angin minggu ini akan ada seorang ADUN meletak jawatan secara sukarela untuk beri peluang kepada DS Anwar bertanding bagi kawasan DUN di Selangor. 

4. Sejauh mana kebenaran Anwar Ibrahim akan bertanding di kawasan itu masih lagi samar.

5. Perkara ini juga akan mengesahkan bahawa Khalid Ibrahim bakal ditendang keluar Kerajaan Selangor. 

6. Untuk rekod , Dun Kajang merupakan sebuah DUN yang diperuntukkan kepada wakil rakyat Cina. 

7. Hal ini juga membuktikan bahawa PKR sanggup menggadaikan jutaan ringgit wang rakyat untuk mengadakan pilihan raya kecil selepas tidak sampai setahun PRU 13 berlangsung demi survival politik sempit mereka. 




'



Surat peletakan jawatan

Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
27 January 2014 at 01:51

Bolehlah MCA mencuba nasib di bawah ketua baharunya.

Anonymous
27 January 2014 at 01:57

rupenye laporan blog slama nie benar-benar belake. depa bergolak besar skarang di slangor

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team