ARTIKEL MENARIK SYAHIDKAH TENTERA SULU?!?

2 Mar 20130 comments


Pencerobohan puak penceroboh terhadap sebuah Negara Islam , Malaysia amat dikesali! Sebab itu Rasulullah menolak Ekstrim dengan mengeluarkan garis panduan ketika berperang! Umat Islam juga dilarang menceroboh Negara lain. Kita wajib berperang, tatkala negara kita diceroboh!!! 

Itulah yang pihak Polis dan ATM kita laksanakan sekarang! 

Kesultanan Sulu sudah tidak mempunyai taring di Nusantara berpuluh tahun lamanya, kes yang sama dengan Kesultanan Melaka. Melaka juga tidak mempunyai Sultan/Raja. Maka rakyat Melaka membuat keputusan bersama-sama dengan Malaysia!!Dalam Kes Sabah, Rakyat Sabah secara sebulat suara telah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu pada pembentukan Malaysia 1963! Ianya dikupas baik dalam MyMassa-Portal yang dianggap sangat kredible ketika ini dengan ketepatan maklumat yang diberi berhubung Kejadian Pencerobohan Lahad Datu. Di sini MyMassa

Kita lihat Firman Allah dan Hadith Nabi di bawah... 

Tugas mempertahankan negara dengan apa juga cara besar ganjarannya di sisi Allah SWT, apatah lagi yang sanggup mengorbankan nyawa kerana tanah air tercinta. 

Rasulullah SAW bersabda
 " Barang siapa yang berperang di jalan Allah walaupun sekejap, iaitu sekadar tempoh orang memerah susu unta, maka wajib baginya syurga. Dan barang siapa yang memohon kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh untuk berjihad kemudian ia meninggal dunia atau dibunuh, maka sesungguhnya baginya adalah balasan syahid. Dan barang siapa terluka atau ditimpa kemalangan di jalan Allah, maka ia datang pada hari kiamat sederas darah yang mengalir ketika ia luka, warnanya seperti zafaran dan baunya bagaikan wangian kasturi."

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) samada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya) dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu) dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka." (Surah Muhammad : ayat 4). [2]

PERSOALAN BESAR: TENTERA SULU MEMPERTAHANKAN PERKARA YANG BUKAN MEREKA PUNYA!! TAMBAHAN PULA TENTERA SULU BUKANNYA MENENTANG TENTERA KUFFAR! MEREKA MENCEROBOH NEGARA ISLAM!!
Ayat ini diturunkan pada tahun ke-2 Hijrah ketika mana Rasulullah telah mula melancarkan peperangan demi peperangan terhadap orang-orang musyrik. Berdasarkan ayat ini, jika ada tawanan perang, maka pilihan yang ada kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) hanyalah membebaskan mereka atau menerima tebusan. Tidak ada kebenaran untuk menjadikan mereka sebagai hamba.
Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team