10 AZAM BARU PALING POPULAR DI MALAYSIA YANG BERKAITAN DENGAN FAKTA DAN PERKATAAN #TURUN

3 Jan 20140 comments


1.  #TURUN KAN BERAT BADAN
Nak kurus... Azam tahun baru yang paling popular.Malam tahun baru sudahpun berjanji dengan diri sendiri untuk menurunkan berapa kilogram berat badan. 


2. #TURUN KAN MASA DILUAR,  LEBIHKAN MASA DENGAN KELUARGA
Sekejap sahaja masa sudah berlalu. Makin dikejar masa, semakin ia berlalu dengan pantas.  Masa yang semakin cepat berlalu itu salah satu daripada tanda-tanda kiamat sudah dekat.Memang agak sukar untuk membahagikan masa bersama keluarga apatah lagi dalam keadaan sekarang kebanyakan ibu bapa keluar bekerja dan anak-anak pula pergi ke sekolah atau dihantar ke nursery

3. #TURUNKAN PERBELANJAAN ROKOK,  BERHENTI MEROKOK
Di Malaysia jumlah perokok meningkat kepada 4.7 juta orang pada tahun lalu berbanding 3.1 juta orang pada 2007. Purata perokok di Malaysia membelanjakan sebanyak RM178.80 sebulan untuk membeli rokok.Kalau  sebulan pun dah beratus ringgit, setahun dah jadi beribu ringgit. Sekiranya si perokok tidak merokok selama 5 tahun, mereka dapat menyimpan sebanyak RM10,728.

4. #TURUNKAN DOSA , NAIKKAN PAHALA DENGAN  MENYUSUN ATUR
Menyusun atur dan mengemas rumah adalah perkara yang memang tidak dapat dipisahkan dengan ibu-ibu. .Setiap hari ibu-ibu perlu berhadapan dengan proses mengemas dan menyusun. Susun pinggan mangkuk selepas dikeringkan, susun pakaian dalam almari, kemas dapur selepas memasak dan banyak lagi. Kalau nak disenaraikan di sini pasti senarainya panjang berjela. 

5. #TURUNKAN BERMAIN,  BELAJAR SESUATU YANG BARU
Ramai yang membuat keputusan  untuk meluaskan pengetahuan mereka samaada untuk belajar kemahiran baru ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin ada diantara anda yang sedang merancang untuk belajar kemahiran memasak atau mendapatkan segulung ijazah pada tahun ini.


6. #TURUNKAN PERBELANJAAN DENGAN MENJIMATKAN WANG
Dalam keadaan ekonomi hari ini kenaikan harga barang keperluan harian rakyat menjadi topik paling hangat di perkatakan. Cara yang paling mudah untuk berjimat ialah jangan membazir. Beli apa yang anda makan dan makan apa yang anda beli. Sentiasa survey kedai yang menawarkan harga yang lebih rendah. Mulakan perubahan dengan menabung atau membuka akaun simpanan di bank.


7. #TURUNKAN JUMLAH HUTANG
Ramai rakyat Malaysia termasuk golongan muda yang berhutang. Ada di antara mereka telah diisytihar muflis kerana dibebani dengan masalah hutang. Hutang kereta, hutang rumah, hutang pinjaman pelajaran, hutang kad kredit, hutang karpet, hutang kawan-kawan, hutang pinggan mangkuk dan banyak lagi.  Mungkin pada tahun 2014 sudah sampai masanya anda menetapkan matlamat untuk membayar kesemua hutang. Senaraikan berapa jumlah hutang yang perlu dibayar dan sentiasa menepati masa apabila membayar hutang. Paling penting ialah berhenti membuat hutang yang baru jika tiada keperluan untuk berhutang. 


8. #TURUNKAN JUMLAH SAMPAH DENGAN KITAR SEMULA
Jika anda mendapati diri anda membaling segala-galanya ke dalam tong sampah, kemudian rasa bersalah berbuat demikian, anda mungkin dapat menyelesaikannya dengan cara mengitar semula. Kitar semula sangat penting  kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa. Anda boleh mulakan dengan mengasingkan barang yang boleh dikitar semula antaranya seperti plastik, kaca, kertas, tin aluminium, perabot dan barang elektrik. 

.

9. #TURUNKAN SIFAT MALAS DALAM KERJAYA - NAIK PANGKAT

Semua orang ingin berjaya dalam kerjaya yang diceburi. Anda boleh menetapkan objektif dan cara bagaimana untuk mendapatkannya. Lengkapkan diri dengan ilmu dan pengalaman seperti mengikuti kelas-kelas dan kursus yang berkaitan dengan kerjaya yang anda ceburi. Anda perlu ada perasaaan sabar dan percaya pada kebolehan yang ada pada diri sendiri. InsyaAllah..Usaha...Doa dan Tawakal =Kejayaan.

.

10. #TURUN NAIK KAPAL TERBANG DENGAN PERGI BERCUTI
Dengan gaya hidup yang sibuk, ramai yang ingin merancang percutian untuk merehatkan diri dan minda. Sebelum bercuti pastikan anda merancang kewangan supaya tidak timbul isu terlebih budget. Jika anda merancang untuk bercuti pada tahun 2014 ini, disarankan agar anda menabung seawal mungkin. Disiplin diri penting dan terus fokus pada perancangan percutian anda. Tanya ejen pelancongan untuk mendapatkan pakej promasi yang menarik. Jangan lupa untuk membuat tempahan awal tiket penerbangan dan penginapan di hotel supaya percutian yang dirancang dapat direalisasikan.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team