"AKUI TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD PESURUH ALLAH DAHULU BARU GUNA KALIMAH ALLAH!" - Veteren UMNO
Kuala Lumpur 1 Jan - Veteren UMNO mengajak pengarang The Herald , Paderi Lawrence Andrew untuk mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluk agama Islam sekiranya beliau benar-benar mahu menggunakan kalimah Allah.
Setiausaha Veteren UMNO , Datuk Mustapha Yaakub berkata, langkah berkenaan adalah cara terbaik untuk memastikan paderi itu tidak membangkitkan kemarahan orang-orang Islam di samping menghormati titah baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Kami bersedia untuk mengaturkan program pengIslaman beliau pada bila-bila masa setelah paderi itu mendapat hidayah Allah" , jelasnya. Lanjut: Utusan Malaysia m/s 12
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...