Perkara yang paling buruk yang boleh dijangka sekiranya berlaku Negara Konflik Ketenteraan adalah bukan untuk Thailand dan Singapura sebagai ancaman, tetapi Indonesia. Indonesia merupakan pontensi ancaman terbesar negara jika kita melihat fakta ini (TNI -Tentera Negara Indonesia mempunyai 400,000 tentera aktif dan 400,000 tentera simpanan -tidak termasuk Marin dan Separa Tentera)
Daripada 1962-1966 ada banyak konfrontasi dibawa oleh Indonesia. Malaysia jangan lupa pada 1964, konfrontasi bersenjata telah berlaku di antara negara Malaysia dan Indonesia yang memperlihatkan Sukarno tidak bersetuju dengan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Dengan kejadian-kejadian yang memperlihatkan Malaysia menjadi kambing hitam bagi senario politik Indonesia termasuk kejadian Buluh Runcing, dan simbahan najis terhadap Kedutaan Malaysia di Indonesia...termasuk ancaman-ancaman bunuh pelajar-pelajar Malaysia terus menghantui hubungan dua hala setiap kali Indonesia mempunyai konflik politik dalaman ataupun setiap kali pemilihan PRESIDEN diadakan.
Perkara yang menjadi Duri dalam Daging hubungan Malaysia - Indonesia , ternyatalah ISU AMAH!
Nasib baik Kerajaan Malaysia - Indonesia bersikap profesional dan matang dalam menangani masalah ini.
Indonesia sememangnya mempunyai hubungan yang akrab dengan Malaysia. Pertalian Indonesia-Malaysia bukan sekadar hubungan dua negara , tetapi pertalian darah rakyatnya. Ramai di kalangan orang Malaysia berketerunan JAWA, MINANG, BUGIS , BANJAR dan sebagainya yang mempunyai susur galur keturunan dari Indonesia. Namanya pun adalah rumpun Melayu Nusantara.
Maka , tidak mustahil ada PIHAK YANG MAHUKAN INDONESIA DAN MALAYSIA DALAM KEADAAN HURU HARA. Ketidak senangan hubungan kedua-dua negara ini akan menguntungkan banyak pihak yang menanti ruang dan peluang untuk mencengkam bangsa yang mentadbir kedua-dua negara ini!
Maka sekali lagi kedua-dua hubungan ini dikeruhkan dengan kenyataan di pihak Malaysia pula (Bukan Kerajaan Malaysia tetapi yang berangan nak ambil Kerajaan Malaysia.. Mereka adalah :
Anwar Ibrahim : - Memburukkan semua sistem Malaysia di Indonesia .Apa kaitannya?
Irene Fernandez: - Membangkitkan kebencian rakyat kedua dua negara dengan Isu Amah Baru-baru ini. Kenapa?
Sekali lagi Kedaulatan KEDUA-DUA NEGARA DIPERJUDIKAN oleh Agenda POLITIK DALAMAN YANG SEMPIT OLEH PEMBANGKANG.
Mabuk dan Nyanyuk |
Gila Kuasa nak jadi PM |
+ comments + 2 comments
salam perjuangan
mohon tumpang berjuang dipautan blog tuan
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/
Thanks to you, I was able to learn a lot of interesting things. I hope to learn more. I congratulate you on these wonderful shares. Keep going !
Voyance gratuite
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...