VIDEO: MINORITI YANG DISEKSA MAJORITI DI MYANMAR , MANA SUARAM, MANA MAJLIS PEGUAM, TIADA KENYATAAN LANGSUNG! SEBAB YANG KENA ORANG ISLAM!

19 Jun 20120 comments

Seminggu yang lalu, kita digemparkan dengan Orang-orang Rohingya yang menetap di Utara Negeri Rakhine, Myanmar dan bersepadan dengan Bangladesh yang dibunuh dan dibakar tempat tinggal mereka oleh kumpulan penganut Buddha Arakanese. Mereka ini orang Islam. Umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk di wilayah Rakhine.

Sedikit Kronologi

3 Jun 2012 : 
10 orang Islam di Taunggote, daerah Tongu telah dibunuh dalam sebuah bas yang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon oleh kumpulan pengganas dan Rakhine kumpulan etnik perkauman.

- Mereka diserang setelah dikhabarkan bahawa seorang wanita Rakhine telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk islam di Akyap, ibu kota Arakan.

9 Jun 2012 :
Kampung Hazmia Para juga telah diserang dan dibakar.

10 Jun 2012:
Dua kampung terbesar, Warlispara dan Sakipara (dua kampung terbesar yang mempunyai bilangan orang islam Rohingya teramai) yang mempunyai Madrasah dan beribu pelajar telah diserang oleh Rakhine.

12 Jun 2012:
Pengawal sempadan Bangladesh dan pasukan peronda pengawal pantai tidak menerima (menghalau) 8 bot membawa lebih daripada 300 pelarian muslim Rohingya , kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, yang melarikan diri daripada keganasan agama di Myanmar.

15 Jun 2012:

Angkatan tentera mengambil alih mengawal kampung Rohingya di Maungdaw dan Sittwe. Pergerakan dari rumah ke rumah hanya dibenarkan antara 12:00 petang hingga 3:30 petang.

Makanan, air, bekalan ubatan tidak lagi dihantar. Komunikasi dan elektrik masih dipotong. sementara semua kemudahan disediakan untuk agama Buddha Rakhines. Lebih daripada 50,000 masyarakat Rohingya memerlukan keperluan asas - air, makanan, ubat-ubatan dan pusat perlindungan untuk mereka yang kehilangan rumah dan kampung.

16 Jun 2012:
orang Rakhine membakar perkampungan Haindapara di Maungdaw, daerah Arakan. Serangan bertempat di Arpauk Warr perkampungan Kyauktaw,daerah Arakan dan berlaku pertempuran dengan Rohingya. Seorang Rohingya meninggal dunia (disahkan) dan 21 buah rumah telah dibakar oleh Rakhine.

MINORITI YANG DISEKSA MAJORITI DI MYANMAR , MANA SUARAM, MANA MAJLIS PEGUAM, TIADA KENYATAAN LANGSUNG! SEBAB YANG KENA ORANG ISLAM


Apa yang MyHomeSoil nak tekankan di sini adalah disebalik proses demokrasi yang berlaku di Myanmar di mana Junta Tentera yang sedikit sebanyak mahu menerima demokrasi, telah juga melakukan ketidak adilan dengan banyak pencabulan hak asasi manusia secara konsisten kepada kaum MINORITI nya.

1) Berbeza dengan Perseketuan Tanah Melayu 1948 yang dibentuk dengan semangat muhibbah. Sangat berbeza dengan cara Komunis ingin mendapatkan kemerdekaan!

2) Kaum Majoriti Tanah Melayu pada ketika itu yang diketuai oleh MALAY RULERS iaitu Sultan-sultan bagi negeri-negeri Jajahan Takhluk mereka mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi dan tidak mahu sebarang pertumpahan darah berlaku.


3) Ini menunjukkan sikap dan adat yang sangat disanjung TINGGI oleh peradaban manusia di mana nilai kompromi Masyarakat Majoriti Tanah Melayu pada ketika itu MENOLAK sebarang KEGANASAN dan PENINDASAN  kepada kaum Minoriti.

Oleh kerana itu, setiap kaum di Malaysia WAJIB menghormati tinggi INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU dan menghormati MASYARAKAT MELAYU / Bumiputera sejajar dengan mereka menghormati mereka dari DULU sehingga kini dan InsyaAllah ....selamanya...



Semoga Masyarakat Islam terus dilindungi... 

LAYAN VIDEO NI! 

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team