BERFACEBOOK HINGGA BERBUNUHAN...

30 Jun 20120 comments

BATU PAHAT , 30 jun 2012: Seorang pemuda berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan membunuh kenalan dikenalinya melalui laman sosial Facebook, di sini Sabtu lalu. 


Kwong Chin Yang, 20, pelayan restoran didakwa membunuh Aw Soon Ming, 17, di Lot Parkir Pusat Beli-Belah Square One, di sini, dengan menumbuk serta menikam mangsa dengan pisau pada kira-kira jam 9.30 malam, 23 Jun lalu. Chin Yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, dihadapkan di depan Pendaftar Mahkamah Majistret Batu Pahat, Rosmaliana Osman, di sini semalam.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh. 
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Farhana Adham, yang tidak menawarkan sebarang ikat jamin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Rosmaliana menetapkan 30 Julai ini untuk sebutan semula kes.-BH- 

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team