KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, hari ini diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.
Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.
Beliau mempunyai pengalaman kerja luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009.
lanjut: http://mymassa.blogspot.com/2012/06/berita-panas-ali-hamsa-diumum-ksn-baru.html
myhomesoil:
"Disebalik banyak kontroversi yang melibatkan KSN yang lama.. apa apa pun kita ucap terima kasih kepada KSN lama kerana perkhidmatan beliau yang dicurahkan...terima kasih...SIDEK HASAN..
DAN BERMULA LAH KEPIMPINAN BARU PENJAWAT AWAM!"

Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...