PERINGATAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN BLOGGER2 , FACEBOOKERS & AKHBAR HARAKAH....

21 Jun 20120 comments

Peringatan untuk kita pada hari JUMAAT INI.
(Jap lagi jangan lupa di hadapan Kedutaan Singapore! Moh kita berhimpun bantah campur tangan Singapura!) 

Renungilah hadis2 Nabi Muhammad SAW sebagai peringatan bersama. Moh kita keluarkan fakta dalam perjuangan....bukan sebagai penabur fitnah (especially Harakah). 

Hadis 1:

Ibnu Abbas menceritakan :

"Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya.
Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”
Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah.
Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?”
Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” (Bukhari)


Hadis 2:

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka.” (Muslim)


Sekadar renungan bersama! Kita kan orang Islam,..... :-) 
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team