PANAS: SALEHUDIN AYUB BERANI BUAT PASAL DENGAN ANWAR!

26 Jun 20121comments

KUALA LUMPUR: PAS bersetuju Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berrhubung dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, berkata parti itu tidak ada halangan jika pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap pemimpin pembangkang, termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kita tidak ada masalah untuk mana-mana pihak menjalankan siasatan atas apa-apa tuduhan. Itu adalah pendirian PAS, kita setuju bukan saja Anwar, bahkan Tok Guru (Nik Aziz) sekali pun.

"Jalankan siasatan dan itu pendirian kita, sebab sebelum ini pun Anwar sudah menjawabnya (isu RM3 bilion) di Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini semalam.

Sebelum ini, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid mengesahkan membuat akuan bersumpah mengenai akaun RM3 bilion yang didakwanya membabitkan Anwar pada 1999.Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion. 

Salahuddin juga mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang menyamakan perarakan Thaipusam dengan demonstrasi jalanan yang dianggap menghina penganut agama Hindu di negara ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kenyataanya itu tidak berniat menghina mana-mana agama dan tidak akan memohon maaf berhubung perkara itu.

"Saya hanya buat perbandingan berhubung kebebasan bersuara dan berhimpun,” katanya. 

Isu itu timbul apabila beliau membandingkan perarakan perayaan itu dengan demonstrasi jalanan ketika berdebat dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah minggu lalu. - BH.




MYHOMESOIL: udah la Salehudin, pi la keluar dari PR tu. dah arr Nik Ajiz tendang pi Johor...memang bungkus la ko kat JOHOR! 
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
27 June 2012 at 22:10

Sepatutnya SPRM menyiasat semua pak2 menteri yang ada, tak kira ler puak penyokong atau sebaliknya.Itu lebih bagus.
Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.......cari makan.

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team