DARIPADA PERJUANGKAN PENDIDIKAN PERCUMA YANG MENGELIRUKAN , BAIK KITA PERJUANGKAN KEMERDEKAAN PENDIDIKAN BEBAS DARIPADA SIFAT PERKAUMAN!
Hanya Malaysia satu-satunya negara di Dunia ini yang mempunyai pendidikan pelbagai mengikut kaum atau vernakular!
Inilah yang dicanang-canangkan oleh golongan tertentu sebagai salah satu kekuatan Malaysia.Ya , memang aku rasa ianya memang kekuatan dan keunikan kita sebagai sebuah negara yang mempunyai multi bangsa , namun perlu difikirkan, tatkala Kerajaan ada ura-ura mahu menyeragamkan pendidikan negara, serta merta golongan KIASU melenting!
Kenapa kita perlu seragamkan sekolah, satukan sistem persekolahan dan pendidikan?!
2. Memupuk semangat muhibbah dan integrasi nasional
3. Menyeragamkan perbelanjaan negara di samping mengoptimumkan penyaluran dana yang bersepadu dan bermatlamat pada satu sistem yang sama.
4. Melenyapkan unsur ketaksuban dan kefanatikkan melampau terhadap sesuatu ideologi dan perkauman.
5. Menaik tarafkan sistem pendidikan negara.
Maka , aku rasa rakyat perlu berfikir. Golongan mahasiswa perlu perbetulkan orientasi desakan mereka agar desakan kita itu menuju ke arah kemajuan dan kemakmuran rakyat dan negara!
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...