ANWAR MAT LOMBOK
Bila merujuk kepada kenyataan Bapa Pemodenan Negara dalam Sinar Harian 16 April 2012 bertajuk PTPTN: Pulang Duit Jangan Demo Jika Tak Setuju sekurangnya dapat membuka jendela minda kita yang masih dan suka dibuai oleh janji manis para pereka impian di pihak sana.
Pihak pembangkang ibarat seperti Mat Lombok yang cuba memancing hati isteri orang. Dijanjikan bulan dan bintang bagi mencapai impiannya mengahwini isteri orang tersebut sedangkan isteri tersebut sudahpun menikmati kebahagiaan bersama suaminya sekarang. Kata Mat Lombok tersebut “ jika kau berkahwin dengan ku segala perbelanjaanmu, segala keperluanmu, segala kehendakmu akan ku turuti” begitulah dengan yakin anak muda menabur janji yang bagi pemikiran kita yang waras tak pasti ianya akan terlaksana.
Lihatlah berapa ramai gadis kita terpedaya dengan janji manis Mat Lombok!!akhirnya menyesal dan pulang kepangkuan keluarga yang sentiasa menjaga kebajikan tanpa janji berjuta.
Lihatlah berapa ramai gadis kita terpedaya dengan janji manis Mat Lombok!!akhirnya menyesal dan pulang kepangkuan keluarga yang sentiasa menjaga kebajikan tanpa janji berjuta.
Begitulah ibaratnya pembangkang, sama sahaja seperti Mat Lombok yang merata di negara ini. Bijak menabur janji, sayang sekali sukar dipenuhi….!!
Isu PTPTN ini memang sedap didengar, bagai mimpi apabila ada pihak yang sanggup menaja pembelajaran kita secara majoriti dan pihak ini seperti yang kita tahu memang kaya…kaya dengan janji..al maklumlah, PKR namanya..PARTI KAYA RETORIK…….
Sedar atau tidak wahai pelajar yang berdemo mahukan PTPTN dimansuh atau seangkatan dengannya, kamu memang tiada masalah jika PTPTN dimansuhkan tetapi kamu lihat adakah kekayaan negara ini di dapati secara adil. Dalam konteks adil yang kita bincangkan ialah memberikan hak kepada yang layak. Sekiranya pendidikan secara percuma adakah hak kepada anak jutawan akan sama dengan hak kepada orang miskin?
Ya memang boleh kita berikan semuanya percuma kepada seantero negara tapi sampai bila???adakah negara ini akan membangun dengan memberikan segalanya percuma?
Pernah seorang mahasiswi meluahkan rasa syukur teramat sangat ketika mula mendapat surat tawaran ke universiti. Bertambah syukur beliau tika mana pengajiannya sudah dijamin akan mendapat tawaran PTPTN yang beliau anggap sebagai pembantu beliau ketika di universiti. Keluarganya tidak mampu, inilah medium yang membantu beliau meneruskan cita-cita. Kepada yang tidak mahukan pinjaman ini, persetankan sahaja…jika mampu, gunakan duit sendiri kelak tiada bebanan hutang bakal menimpa. Kepada yang terambil, gunakan duit dengan sebaiknya, jangan sudah guna baru menyalak seperti anjing yang menggigit tuannya. Baru dapat duit, ucap syukur……sudah habis guna dan berjaya mendapat ijazah terus menghasut generasi muda untuk menentang PTPTN.
Inilah budaya yang dibawa Anwar Brahim, ketika dalam kerajaan suatu tika dahulu semua tindakannya betul…tiada yang betul kecuali yang betul betul sahaja. Tapi bila awan mendung menyelubungi beliau, terus apa yang betul pun akan disalahkan…begitu juga PTPTN yang dilaksana ketika beliau masih dalam kerajaan..Kos pentadbiran lagi tinggi dari sekarang pula tu.kini ditambah baik pun dianggap teruk juga..inilah namanya Anwar Brahim.4% adalah lebih baik tika beliau menjadi menteri dan 1% adalah amat membebankan rakyat tika beliau menjadi kepala pembangkang.
Itulah Saudara ANWAR BRAHIM yang dipuja ramai!!!!!!menghukum baik bila mana bersamanya sahaja.
ANWAR BRAHIM = MAT LOMBOK.........................
+ comments + 1 comments
bodoh punya mahasewwel. aku nak pakai bodo duit PTPTN tu!!!!! bodo la korang! -Pelajar UTM -
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...