Zaman sekarang, banyak cabaran dan dugaan dihadapi oleh Orang-orang Islam , Pemimpin Islam mahupun negara-negara ISLAM. Namun sedarkah kita bahawa ALLAH SWT telah memberikan kita satu jalan taqwa untuk kita serahkan segala ketentuanNYA kepada ALLAH setelah kita melakukan pelbagai usaha??
Ya , ia adalah DOA! DOA adalah JALAN Keselamatan , Tangga Pengantar, dan hubungan langsung daripada HAMBA kepada ALLAH, TUHANNYA..RAJA SEGALA RAJA!
Sesuai dengan Firman ALLAH :
"DAN TUHANMU BERFIRMAN : BERDOALAH KEPADAKU NESCAYA AKAN KU PERKENANKAN"
Nabi Muhammad SAW berdoa dalam peperangan BADAR ,ketika Baginda melihat jumlah kaum Musyrikin sebanyak SERIBU sedang Pasukan Tentera Islam berjumlah Tiga ratus orang (setengah riwayat 319 orang), Baginda terus mengadap Kiblat, seraya berdoa:
"Ya Allah wujudkanlah untuk Kami apa yang engkau janjikan,
Ya Allah berikanlah kepada kami apa yang engkau janjikan,
Ya Allah jika sekumpulan kaum muslimin ini binasa, maka tidak ada yang akan menyembah engkau di
muka bumi ini.
Rasulluah SAW terus melantunkan doa seraua membentangkan kedua tangannya menghadap kiblat hingga selempanhnya jatuh,maka datanglah Abu Bakar mengambil selempang Rasullullah SAW dan meletakkannya di atas pundaknya dan menjaganya dari belakang dan berkata:
Wahai Nabi Allah, doa engkau kepada Tuhanmy sudah cukup , kerana Dia pasti akan mewujudkan apa yang Dia janjikan UntukMu"
Maka, hari ni, aku nak sharekan kat korang satu kaedah berdoa: Kaedah ini diajar oleh seorang Hamba Allah setelah beliau mendengar ceramah daripada seorang ustaz di sebuah Masjid di Utara tanahair. So , bagi aku benda yang baik , marilah kita kongsi bersama!
Sekiranya kita mempunyai hajat untuk dimohon kepada Allah:
1. Bacalah : Ayat pertama surah Alfatihah : Bismillahirrahmanir rahim. Alhamdulillahhi rabbil alamin (7X dalam sekali nafas)
2. Niatkan apa yang dihajati oleh kita Lillahi Taala (Kerana Allah Taala) . Insya Allah berkat kita mengamalkan apa yang Allah perintahkan kepada kita, akan DiPerkenankanNya.Aminnn...
3. Make sure nafas kita cukup, kalau nafas tak cukup, Kita PULAK akan diALFATIHAHKAN oleh orang Lain! hehe..
MARILAH KITA BERDOA AGAR ISLAM, NEGARA DAN BANGSA KITA dipelihara, hidup aman , berkat dan dirahmati ALLAH.Amin!
GOVERNMENT CHANGE AND THE CIVIL SERVANT
6 years ago
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...