PROLOG
Apa yang terjadi umpama malapetaka bagi Pakatan Rakyat. Masih lagi belum berkuasa, mereka sudah tunjukkan taring mereka, tunjukkan kuasa mereka. Siapa yang rugi? Orang Melayu...Melayu dan Melayu .....Peserta BERSIH itu Melayu, Polis juga di kalangan Melayu, Rugi orang-orang Melayu sedangkan orang lain di Bandar yang lain hanya menyokong di pinggiran....selebihnya berniaga mengaut keuntungan....
Sudah semestinya, bukan ini yang dipinta. Golongan atas pagar melihat, bukan ini yang sepatutnya. Pihak Kerajaan masih cuba meraih sokongan , begitu juga Pakatan Rakyat meraih sokongan dengan penganjuran BERSIH. Hakikatnya, matlamat mereka tidak tercapai, dan kesudahannya.....Maruah Melayu tergadai....
PDRM
Seorang kawan dari PDRM menyatakan, suasana tak ubah ibarat suasana peperangan...TIDAK Terkawal sama sekali. Di kejauhan, terdengar jeritan berundur....berundur...rupa-rupanya pihak Ambiga menyuruh penyokong-penyokongnya berundur setelah melihat keadaan tidak sepatutnya. Namun hakikatnya........api kemarahan yang dipercik memarak dengan cepat.
Tiada lagi belas kasihan, ingat..kawan-kawanku...saudara maraku....Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu...Kita bergaduh sesama sendiri!
Anggota Kepenatan |
Ternyata, penilaian sedang dilakukan terutamanya golongan atas pagar...golongan yang berfikir....tidakkah perkara ini mengarut, penganjuran perhimpunan haram yang merugikan semua??!
PERINGATAN...
Orang-0rang Bukan Melayu jangan cepat suka dengan pergaduhan orang-orang Melayu.....
Perpecahan orang-orang Melayu akan mengakibatkan malapetaka melampau negara Malaysia....
Kedai-kedai akan dipecahkan, perniagaan akan diserang....itulah kesannya...
Orang-orang Melayu akan bergaduh sesama sendiri, memecahkan mana-mana sahaja kedai / perniagaan sesuka hati...
Orang-orang Melayu yang ingin mengambil kesempatan untuk melepaskan geram ke atas kaum Cina ataupun India...akan berbuat demikian.....
ANDAIAN...
Walaupun ini adalah andaian , tetapi ia bukannya telahan yang bodoh....Masyarakat kena faham ini....
Orang-orang Melayu akan rugi, orang Cina akan rugi, orang India akan rugi, bangsa-bangsa lain akan rugi.....yang akan untung adalah campur tangan negara asing....
PETUNJUK
Ini merupakan petunjuk kepada kegoyahan Pakatan Rakyat, kita masih menunggu statistik sebenar....menurut jangkaan saya yang ketika itu sebagai pemerhati melihat kedatangan peserta BERSIH memang ramai , tetapi tidak lah menjangkau 20 ribu...cukup belasan ribu.....di ibu kota, dan jika campur di kota-kota lain , bolehlah kita menganggarkan sebanyak 40 ribu, tetapi itu pun boleh saya anggap sebagai secara kasar....
Ramai bloggers2 Pro Pembangkang meletakkan seramai 100,000 di dataran merdeka...ada yang 250,000 dan lebih kelakar ada yang 500,000 +++ ...bagi saya itu melampau sangat...kerana jikalau sebanyak itu, maka amat mudah bagi mereka merempuh polis yang hanya 5-6 ribu ketumbukan .....
Walau apa apa pun , pemimpin-pemimpin Islam perlu lihat ini adalah sebagai satu masalah masyarakat Islam di Malaysia, ancaman yang hakiki...baik UMNO, baik PAS ,baik ulama' , baik Institusi Kesultanan.....perlu duduk satu meja dan biarlah Anwar Ibrahim terus hanyut, kerana saya yakin bahawa PAS dan UMNO masih boleh bekerjasama....
Amin Ya Rabbal Alamin...
Pemikiran seorang Rakyat yang melihat Permasalahan ini Perlu dirungkai semula dengan penuh keinsafan...
+ comments + 4 comments
...mengapa Melayu dalam PAS mudah sangat diliwat minda oleh Anuuwar dan DAP...seolah2 PAS kini telah bertukar jadi golongan Khawarij...
memang kumpulan khawarij...
politik bukan jawapan yang tepat untuk menyatupadukan bangsa melayu,kembali ke ajaran asal.nescaya selamat dunia,dan selamat pulang bertemu yang Maha Esa..
ya, politik bukan segalanya, tapi salah satu cara penyatuan .Umat Islam perlu kembali kepada Al Quran dan Assunah jika terdapat perbalahan, malangnya, keadaan tidak sebegitu, walaupun ramai mendakwa mereka adalah ulama' . Kebanyakan ulama' sekarang adalah Alamak, bukan ulamak..
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...