HARAM SOKONG AMBIGA
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad berkata adalah haram bagi umat Islam menykong Datuk S Ambiga
Ini kerana kata tokoh agama itu, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH) tersebut merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.
Sehubungan dengan itu, umat Islam yang terlibat dalam Perhimpunan BERSIH wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara yang bercanggah agama.
Tegas Ismail Mina, sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat memilih ketua yang selayaknya.
"DImana BERSIHNYA Ambiga apabila sudah terrang lagi bersuluh bahawa di selama ini jelas memperjuangkan hak Golongan LGBT di negara ini? " Soalnya.
Dalam pada itu, di dalam temuramah berasingan penduduk yang mendakwa seorang ahli PAS berkata, PAS sememangnya menumpukan perjuangan ISLAM dan pucuk pimpinan PAS perlu berdakwah kepada Ambiga dan memberikan penerangan agar sikap Ambiga yang memperjuangkan LGBT ini dapat dikendurkan dengan kefahaman yang jelas.
"Ia jelas termaktub di dalam Al Quran, bagaimana Allah memberi azab kepada kumpulan songsang ini" jelasnya.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...